10 Orang Volunteer Diperlukan Dalam Bidang Nursing Dan Pharmacy

Oleh Amirah Harun : 25 February 2020

10 Orang Volunteer Diperlukan Dalam Bidang Nursing Dan Pharmacy

Unit Volunteer & Community MVM telah mengambil inisiatif untuk menggunakan khidmat #VolunteerMVM dalam pelbagai program yang dijalankan oleh MVM bertujuan memanjangkan ikatan perhubungan dan meluaskan jaringan ilmu sesama sukarelawan.

Kali ini khidmat #VolunteerMVM diperlukan dalam program tahunan  MVM iaitu Pure Heart 5.1 yang bertemakan “HEALTH IS WEALTH” dimana kami memerlukan sukarelawan yang mahir dalam bidang Nursing Dan Pharmacy untuk membantu kami membuat pemeriksaan kesihatan dan memberi konsultasi kepada ibu bapa yang terlibat bagi menjaga kesihatan mereka dengan sebaiknya.

Jadi, kami perlukan khidmat 10 Volunteer yang awesome untuk membantu kami pada hari kejadian tersebut.

In sha Allah, program ini akan berlangsung pada 29 Februari 2020 ini. So, kepada anda yang free hari tersebut dan teringin sangat nak join program ini jom daftar sekarang!