Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

3 Orang Sukarelawan MVM Berangkat Ke Bangladesh Bagi Lawatan Pertama Tapak Projek Pembinaan Sistem Rawatan Air


Kemaskini pada Sep 28, 2018 : Hebahan Media & Umum 66 Views

3 Orang Sukarelawan MVM Berangkat Ke Bangladesh Bagi Lawatan Pertama Tapak Projek Pembinaan Sistem Rawatan Air.

Semalam, 27 September 2018, 3 orang sukarelawan MVM iaitu Saudara Muhammad, Presiden MVM, Saudari Ros Atiqah, Ketua Media dan Pemasaran MVM dan Saudara Syukri, Media MVM telah berangkat ke Bangladesh bagi lawatan pertama tapak projek pembinaan sistem rawatan air medan dalam Misi Bantuan Hidupkan Rohingya. Selain itu, tujuan utama lawatan ini juga untuk mengenal pasti lokasi sesuai sebelum memulakan misi utama yang dijangka akan bermula pada Disember tahun ini.

Dalam misi ini, MVM telah bekerjasama dengan Pasukan Tindakan dan Kebajikan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) untuk membina 5 sistem rawatan air medan di kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh. Untuk makluman, lima sistem rawatan air telah dipasang di Cox’s Bazar pada Ogos lalu. Kerjasama ini akan menjadikan keseluruhan 10 sistem rawatan air berkuasa solar itu dipasang di kem pelarian Rohingya.

Kami mohon bantuan dari rakyat Malaysia untuk mendoakan agar misi ini berjalan lancar dan dipermudahkanNya. Kami di MVM mengalu-alukan mana-mana individu ataupun badan korporat yang ingin membuat sumbangan boleh berbuat demikian di akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

Maybank (56480 164 7699)
CIMB Islamik (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Email : account@mvm.org.my

Ataupun sumbangan secara online di Website Donation MVM – https://donation.mvm.org.my/donations/misi-bantuan-hidupkan-rohingya-pembinaan-sistem-rawatan-air/

In sha Allah, pembinaan sistem rawatan air selamat diminum ini mampu membantu 6000 pelarian Rohingya sehari bagi 1 buah tangki air. Harapan kami, dengan adanya sistem rawatan air ini, ia dapat mengurangkan kadar penyakit berisiko tinggi yang berpunca daripada air tercemar dan memberi kualiti hidup yang lebih baik kepada pelarian Rohingya ini.


Tinggalkan Komen Anda

MVM di Facebook

MVM di Twitter

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian