3 Sukarelawan MVM Berangkat ke Bangladesh Membawa Amanah 210 Penama Qurban Untuk Pelarian Rohingya

Oleh Ros Atiqah Fatin Abdullah : 20 August 2018

3 Sukarelawan MVM Berangkat ke Bangladesh Memikul Amanah 210 Penama Qurban Untuk Pelarian Rohingya.

KLIA 2 | 9.45 PM – 3 Sukarelawan MVM telah berangkat ke Bangladesh bagi memikul amanah 210 penama Ibadah Qurban MVM dari Malaysia untuk Pelarian Rohingya di kem-kem pelarian Rohingya yang terletak di Cox’s Bazar, Bangladesh. Tahun ini, Muslim Volunteer Malaysia berkolaborasi bersama Global Peace Mission (GPM) bagi menganjurkan program Ibadah Qurban ini.

Alhamdulillah, setelah 30 hari program Ibadah Qurban Bangladesh ini dibuka kepada rakyat Malaysia, kami berjaya mencapai sasaran 30 ekor lembu untuk dikorban pada Hari Raya Aidiladha akan datang. Dijangka 30 ekor lembu ini akan memberi manfaat kepada 15,000 orang pelarian Rohingya yang kini hidup daif dan serba kekurangan disana.

3 sukarelawan MVM iaitu Islahuddin, Ketua Program & Komunikasi MVM, Azizi, Ketua Program Qurban MVM dan Azmy, Ketua Media Kreatif MVM akan berada di Bangladesh selama 5 hari bagi melaksanakan ibadah qurban di beberapa kem pelarian Rohingya. Antaranya adalah Kem Balukhali, Thiangkali, dan Jhamtoli.

Selain daripada pengagihan daging qurban kepada pelarian Rohingya, kami juga mengambil inisiatif untuk mengagihkan sumbangan Pek Rezeki iaitu tepung gandum kepada pelarian-pelarian Rohingya ini.

Mohon doa dan sokongan semua rakyat Malaysia agar ibadah qurban ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan diberkati Allah swt.

Semoga Allah swt merahmati semua sukarelawan yang terlibat pada program kali ini. Amin.

Terima kasih Rakyat Malaysia atas sokongan dan kepercayaan yang diamanahkan kepada kami di Muslim Volunteer Malaysia.

Bagi mengetahui perkembangan terkini mengenai Program Ibadah Qurban MVM di Bangladesh & Malaysia, anda boleh ikuti di laman rasmi Facebook Muslim Volunteer Malaysia – MVM