Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

30 Orang #VolunteerMVM Diperlukan Untuk Bengkel Design Thinking & Pitching


Kemaskini pada Aug 31, 2018 : Hebahan Media & Umum 257 Views

30 Orang #VolunteerMVM Diperlukan Untuk Bengkel Design Thinking & Pitching

Program ini adalah kolaborasi antara syarikat Netcarbon Sdn. Bhd. (Animasi Super Squad) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia & Yayasan Hasanah Khazanah Nasional.

Objektif utama program ini  bertujuan melatih dan memberi panduan kepada guru-guru sekolah mengendalikan kelab/persatuan di sekolah, serta melibatkan pelajar sekolah dalam cara berfikir menyelesaikan masalah.

Untuk sukarelawan, program ini akan memberi pendedahan mengenai pengurusan acara, teknik berfikir Design Thinking iaitu berfikir di luar kotak dan terdapat hebahan rasmi program melalui media sosial penganjur.

MAKLUMAT PROGRAM:

Tempat : Indonesia Room, Malaysian Global Innovation & Creative Centre (MaGiC), Cyberjaya.

Tarikh : 6 September 2018

Skop tugasan : Sukarelawan MVM akan membantu dalam pengendalian program dan menjadi fasilitator kepada peserta.

Kelebihan kepada #VOLUNTEERMVM yang terlibat :

1) Makanan disediakan (sarapan pagi, tengah hari, dan minum petang)
2) Sijil disediakan
3) Token RM50 akan diberikan oleh penganjur
4) Penyediaan T-Shirt hitam berlogo program. (Sukarelawan wanita sila bawa inner jika perlu).


Tinggalkan Komen Anda

MVM di Facebook

MVM di Twitter

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian