50 Orang #VolunteerMVM Diperlukan Dalam Operasi Pembersihan Pasca Banjir Kampung Sungai Serai, Hulu Langat

Oleh Amirah Harun : 12 November 2020

50 Orang #VolunteerMVM Diperlukan Segera!

Unit Volunteer & Community MVM telah mengambil inisiatif untuk menggunakan khidmat #VolunteerMVM dalam pelbagai program yang dijalankan oleh MVM bertujuan memanjangkan ikatan perhubungan dan meluaskan jaringan ilmu sesama sukarelawan.

InshaAllah, kali ini MVM akan mengadakan program untuk Operasi Pembersihan Pasca Banjir Kampung Sungai Serai, Hulu Langat.

Berikut adalah informasi Operasi Pembersihan Pasca Banjir Kampung Sungai Serai, Hulu Langat.

Lokasi : Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor.

Tarikh : 14 November 2020 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

Kami memerlukan 50 orang Volunteer untuk membantu kami di dalam program ini. Insha Allah ianya bermanfaat kepada semua yang sudi membantu seikhlas hati. Jika berminat untuk sertai, boleh daftar dibawah ini. Terima Kasih 🙂