Daftar Volunteer MVM »

6 Fakta Menarik Tentang Kesihatan Dan Sukarelawan


Kemaskini pada Aug 10, 2017 : Hebahan Media & Umum Views: 244

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Baiklah, kali ini Muslim Volunteer Malaysia ingin berkongsi sedikit info yang in shaa Allah bermanfaat untuk semua orang.

Info apa tu? Okay, berbalik kepada tajuk artikel ini, adakah program sukarelawan ini baik untuk kesihatan sebenarnya? Bukankah kalau lagi banyak kita buat aktiviti, kita akan penat, dan mungkin akan jejaskan kesihatan kita?

Sebenarnya, program kesukarelawanan ini sangat banyak memberi manfaat kepada pesertanya. Baik dari segi kesihatan dan juga hubungan sesama masyarakat.

Untuk kali ini, kita akan kongsikan 6 fakta angka menarik berkenaan kesihatan kepada volunteer berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pihak Unitedhealth Group dan Optum Institute. Kajian ini dilakukan dengan mengambil data daripada beberapa orang yang telah melakukan aktiviti kesukarelawan sepanjang tempoh 12 bulan.

Maklumat kajian adalah seperti di bawah.


Kajian telah dilakukan oleh pihak Unitedhealth Group dan Optum Institute. Kajian ini dilakukan dengan mengambil data daripada beberapa orang yang telah melakukan aktiviti kesukarelawan sepanjang tempoh 12 bulan.

 

Jadi berdasarkan maklumat-maklumat kajian itu, dapatlah kita ketahui bahawa sebenarnya aktiviti sukarelawan ini banyak memberi manfaat kepada kesihatan. Ia juga dapat menyedarkan kita akan kepentingan hidup.

Bagaimana kita lihat kehidupan orang lain, kita dapat cerminkan diri kita. Adakah kita cukup bersyukur dengan kehidupan kita yang sedia ada. Adakah kita boleh memperbaiki lagi kehidupan kita untuk menjadi lebih selepas ini.

Okay, itulah beberapa manfaat kesihatan yang kita boleh peroleh daripada aktiviti-aktiviti kesukarelawanan. Kami sebagai sebuah NGO yang mengumpulkan sukarelawan-sukarelawan daripada seluruh Malaysia amat menggalakkan anda, anda dan anda semua untuk bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawanan ini.

Tapi macam mana nak join?

Anda belum berdaftar sebagai #VolunteerMVM? Berminat untuk daftar?

Boleh terus hubungi whatsapp 013-8343012 (Hasif) atau klik Pendaftaran #VolunteerMVM
– https://mvm.org.my/sukarelawan

Sebarang soalan berkenaan #VolunteerMVM juga boleh dirujuk di link Soalan-Soalan Lazim ini
– https://mvm.org.my/f-q-info-terkini-pendaftaran-sukarelawan-mvm-2017/2862


Tinggalkan Komen Anda

MVM di Facebook

MVM di Twitter

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian