Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

80 Orang Sukarelawan Diperlukan dalam Program #VolunteerMVM Care 12.0 – Zoo Negara


Kemaskini pada Oct 3, 2018 : Hebahan Penyertaan 1,063 Views

80 Orang Sukarelawan Diperlukan dalam Program #VolunteerMVM Care 12.0 – Zoo Negara

Program #VolunteerMVM Care adalah penjenamaan semula dari Program Social Media The Gathering (SMTG) dibawakan khas oleh MVM untuk memanjangkan ikatan perhubungan dan meluaskan jaringan ilmu sesama sukarelawan.

Projek #VOLUNTEERMVM CARE :Zoo Negara ini adalah bertujuan untuk melatih dan mendidik mendidik sukarelawan mengenai konsep kesukarelawanan melalui aktiviti kemasyarakatan.

Selain itu , program ini juga bagi meraikan wira tidak didendang di Zoo Negara iaitu iaitu penjaga zoo selain menyebarkan pengetahuan mengenai tingkah haiwan , cara pengendalian haiwan dengan betul dan di samping dapat belajar untuk menghargai kepentingan memelihara kehidupan liar yang kian terancam.

MAKLUMAT PROGRAM

Nama Program : #VolunteerMVM Care 12.0 (Oktober 2018)
Tarikh : 20 Oktober 2018
Hari : Sabtu
Masa : 0830 am – 1.00 pm
Tempat : Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

 

TENTATIF PROGRAM

MASA PERKARA
7.00 AM Pendaftaran dan sarapan pagi
7.50 AM Ucaptama Presiden MVM
7.55 AM Taklimat ringkas Zoo Negara
8.30 AM Bergerak ke kandang haiwan
10.30 AM Rehat
12.30 PM Penghargaan kepada Zoo Negara dan sukarelawan
12.40 PM Bergambar
1.00 PM Bersurai

*Tertakluk kepada perubahan

Volunteer yang ingin menyertai “MVM Volunteering Program Di Zoo Negara” perlulah patuh kepada syarat-syarat berikut:

KOD PAKAIAN

  • Pakaian Sukan
  • Kasut Bertutup
  • Seluar Panjang
  • Rambut Panjang Perlu diikat kemas (perempuan)
  • Tidak dibenarkan memakai barangan kemas

* Tempat menyimpan barang / locker tidak disediakan

LARANGAN DI ZOO NEGARA

  • Membawa bungkusan makanan dari luar Zoo Negara yang tidak mesra alam seperti (Styrofoam).
  • Menyentuh, mendekati dan memberi makan kepada haiwan tanpa kebenaran pegawai Zoologi atau supervisor.
  • Menjadi tanggungjawab bersama untuk membuang sampah ditempat yang disediakan.

*Anda yang berminat hendaklah melakukan bayaran RM50 sahaja ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia dan lampirkan resit bayaran ke whatsapp 013- 8343 012.

Hanya 80 orang peserta terawal yang membuat pembayaran terlebih dahulu sahaja yang berpeluang menyertai Program #VolunteerMVM Care – Zoo Negara

PENTING!
*Jika anda sudah membuat pembayaran tetapi jika tidak dapat hadir semasa hari program, wang tidak akan dikembalikan tetapi anda boleh menggantikan dengan sesiapa sahaja .contoh :kawan,ahli keluarga anda

Anda yang terpilih akan dihubungi oleh pihak MVM melalui nombor 013-8343 012 / 03-8074 8434 sama ada panggilan atau whatsapp.

Jumpa anda di sana! 🙂

 


Tinggalkan Komen Anda

MVM di Facebook

MVM di Twitter

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian