Terbuka Penyertaan 80 #VolunteerMVM Untuk Pertandingan Piala Bowling Amal Mvm 4.0

Oleh Amirah Harun : 3 October 2019

Terbuka Penyertaan 80 #VolunteerMVM Untuk Pertandingan Piala Bowling Amal Mvm 4.0

Assalamualaikum buat sahabat semua !

Piala Bowling Amal MVM kembali lagi. Pejam celik dah masuk tahun keempat rupanya Piala Bowling Amal MVM ni.

Untuk makluman anda semua Piala Bowling Amal MVM 4.0 ini dianjurkan adalah dengan bertujuan untuk mengumpul dana dan membantu Keluarga-keluarga Asnaf yang terpilih dalam Program Pure Heart MVM.

Pasti seronok sambil-sambil kita bersukan dapat juga beramal dan membantu insan-insan ini.

Maklumat Pendaftaran :

🎳 Tarikh : 19 Oktober 2019 (Sabtu)

🎳 Masa : 9.00 AM – 1.00 PM

🎳 Tempat : Dream Bowl Airport Sport Complex, Nilai, Negeri Sembilan.

🎳 Yuran : RM 200 (4 Pax x 3 Game) .

Kami juga membuka peluang kepada yang nak bersedekah boleh membawa barangan asas seperti :

✅ 5KG Beras
✅ 1KG Minyak Masak
✅ 1KG Gula
✅ 1KG Tepung Gandum

Hah menarik betul kan ! Kalau berminat tunggu apa lagi jom daftar sekarang. Terhad kepada 20 Kumpulan sahaja tau. Pelbagai hadiah menarik menanti anda seperti Trophy, Hamper, Hadiah Tajaan Esklusif dan macam-macam lagi lah !

Sila hubungi Saudara Azizi untuk pertanyaan dan pendaftaran di talian WhatsApp : 012-2356854📱.

Klik sini untuk daftar sekarang >> DAFTAR BOWLING