Misi Banjir Long Busang Sarawak

 

3 Petugas MVM Selamat Pulang Dari Misi Menghantar Bantuan Kecemasan Banjir Long Busang Kamek Datang!

Pada 5-9 Julai 2019 yang lalu, Muslim Volunteer Malaysia – MVM telah menghantar 3 wakil Petugas iaitu saudara Muhammad Azizisaudari Nusrah Rabihah dan saudara Hairuddin ke Misi Bantuan Kecemasan Banjir Long Busang Kamek Datang!. Bersama-sama sukarelawan THV dan Yadim.

Alhamdulillah atas izin Allah S.W.T dan doa dari orang ramai, Muslim Volunteer Malaysia telah selamat menghantar sendiri bantuan barangan asas makanan (Pek Rezeki) kepada mangsa banjir

Misi kali ini MVM telah menghantar sumbangan dan amanah rakyat Malaysia sebanyak RM 15,000.50. Sasaran yang kami sasarkan adalah RM 10,000 dan ianya telah berjaya mencapai sasaran bahkan telah melebihi sasaran yang diinginkan.

Alhamdulilah, kesemua sukarelawan ini telah menyelesaikan amanah rakyat Malaysia kepada mangsa banjir disana, dan selamat tiba di Malaysia pada 9 Julai 2019 jam 2.15 petang.

MVM mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang dan yang mendoakan kami, semua ini tidak akan menjadi kenyataan jika tanpa doa dari rakyat Malaysia.

In sha Allah, kami akan terus melaksanakan misi kemanusiaan ini atas dasar kasih sayang dan tanggungjawab sebagai saudara Islam dan kami akan membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu dalam apa-apa jua misi. Nantikan update semasa dari kami di laman sosial MVM.

Kami kongsikan gambar aktiviti sepanjang program ini berlangsung : 

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.