3 Sukarelawan MVM Berangkat Bagi Misi Bantuan Kecemasan : MVM Peduli Sulawesi

3 Sukarelawan MVM Berangkat Bagi Misi Bantuan Kecemasan : MVM Peduli Sulawesi.

Kuala Lumpur International Airport 1 | 10.00 PM – 3 Sukarelawan MVM telah berangkat ke Jakarta sebentar tadi dan akan meneruskan perjalanan ke Palu, Sulawesi bagi membawa harapan dan dana sumbangan rakyat Malaysia untuk mangsa-mangsa tsunami di Sulawesi Tengah. Kali ini, Muslim Volunteer Malaysia sekali lagi telah dijemput untuk bekerjasama dengan badan NGO, Aksi Cepat Tanggap dalam misi ini.

Alhamdulillah, pagi tadi 2/11/2018 mereka telah selamat tiba di Sulawesi bagi menghantar bantuan. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka seperti mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Sejak kempen Misi Bantuan Kecemasan : MVM Peduli Sulawesi dibuka pada Jumaat minggu lepas, MVM telah mengumpul dana sumbangan sebanyak RM38,644.30 bagi menghantar bantuan Pek Makanan dan Kit Kebersihan. Jumlah terkini setakat hari ini 2/11/2018 kami telah berjaya mengumpul RM45,490. Namun kami masih memerlukan RM4,510 sahaja lagi agar kami dapat menghantar bantuan Pek Makanan dan Kit Kebersihan bernilai RM50,000 pada peringkat pertama ini.

Mari semua kita bantu rakyat di sana. Sesungguhnya mereka amat-amat memerlukan bantuan kita di saat ini. Kami menyediakan 2 pilihan platform untuk memudahkan anda menghulurkan sumbangan.

1) Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

? Maybank (56480 164 7699)
? CIMB Islamik (8602 5378 07)
? Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Email : account@mvm.org.my

2) Sumbangan secara online di Website Donation MVM – https://donationmvm.org/don…/mvm-peduli-sulawesi-tengah/

MVM mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang dan yang turut mendoakan bagi misi ini, semua ini tidak akan menjadi kenyataan jika tanpa doa dari rakyat Malaysia.

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.