3 Sukarelawan MVM Selamat Pulang Dari Misi Menghantar Bantuan Winter Mission “Syria Kami Datang 2.0”

Yup 

3 Sukarelawan MVM Selamat Pulang Dari Misi Menghantar Bantuan Winter Mission “Syria Kami Datang 2.0”

Awal tahun 2.1.2018 yang lalu, Muslim Volunteer Malaysia – MVM telah menghantar 3 wakil sukarelawan iaitu saudara Muhammad bin Jantan,  dan Syed Zainal dari Misi Bantuan Winter Mission “Syria Kami Datang 2.0” artikel berkaitan 3 Sukarelawan MVM Berangkat Bagi Misi Winter Mission “Syria Kami Datang 2.0”

Alhamdulilah atas izin Allah S.W.T dan doa dari orang ramai, Muslim Volunteer Malaysia telah selamat menghantar bantuan terus ke dalam Syria.

Misi kali ini MVM telah menghantar RM200,000 bagi membantu membeli winter kit, susu bayi, selimut dan beberapa lagi barang bantuan untuk saudara Syria kita untuk berdepan dengan musim sejuk yang sedang melanda sekarang.

Alhamdulilah ketiga-tiga rakyat Malaysia ini telah menyelesaikan amanah rakyat Malaysia kepada pelarian Syria, dan selamat tiba di Malaysia pada 13hb malam.

MVM mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang dan yang mendoakan kami, semua ini tidak akan menjadi kenyataan jika tanpa doa dari rakyat Malaysia.

 

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.