4 Sukarelawan MVM Selamat Pulang Dari Misi Menghantar Bantuan Ramadan Syria, Kami Datang 3.0

4 Sukarelawan MVM Selamat Pulang Dari Misi Menghantar Bantuan Ramadan Syria, Kami Datang 3.0

Pada 23-29 Mei 2019 yang lalu, Muslim Volunteer Malaysia – MVM telah menghantar 4 wakil sukarelawan iaitu saudara Muhammad, saudara Fauzan, saudara Hairuddin dan saudara Syed Azwan ke Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0. Bersama-sama sukarelawan MVM adalah sahabat NGO, Global Peace Mission dan Malaysia Lifeline for Syria.

Alhamdulilah atas izin Allah S.W.T dan doa dari orang ramai, Muslim Volunteer Malaysia telah selamat menghantar bantuan terus ke kem-kem pelarian Syria di dalam Syria dan sempadan Turki.

Misi kali ini MVM telah menghantar sumbangan dan amanah rakyat Malaysia sebanyak RM300,000 untuk pek iftar, barangan asas dapur dan beg keceriaan yang mengandungi pakaian raya kanak-kanak dan juga alat mainan.

Alhamdulilah, kesemua sukarelawan ini telah menyelesaikan amanah rakyat Malaysia kepada pelarian Syria, dan selamat tiba di Malaysia pada 29 Mei 2019 jam 6.30 petang.

MVM mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang dan yang mendoakan kami, semua ini tidak akan menjadi kenyataan jika tanpa doa dari rakyat Malaysia.

In sha Allah, kami akan terus melaksanakan misi kemanusiaan ini atas dasar kasih sayang dan tanggungjawab sebagai saudara Islam dan kami akan membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu saudara pelarian Syria ini pada musim sejuk pada akhir tahun ini. Nantikan update semasa dari kami di laman sosial MVM.

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.