Bantuan Salam : Tangisan Danish Iman

Bantuan Salam : Tangisan Danish Iman

25 Januari 2018

Sebuah pertemuan yang disajikan dengan tangisan Danish Iman menjadi titik permulaan antara pihak Muslim Volunteer Malaysia bersama keluarga Wan Salmi Suhana, 36 tahun ibu kepada Danish Iman. Pertemuan ini merupakan lawatan pertama Unit #SalamMVM bersama mereka untuk menyantuni keluarga yang kurang bernasib baik ini.

Adik Danish Iman berusia 2 tahun dan menghidap penyakit paru-paru kronik dan Proximal Tracheomalacia (saluran kerongkong sempit). Anak bongsu kepada 5 orang adik beradik ini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang kerana masalah asma yang kronik sejak lahir hingga memberi kesan kepada paru-paru.

Duka yang terus menghimpit keluarga ini apabila Mohd Irwan, ayah kepada Danish Iman yang diberhentikan kerja kerana kerap mengambil cuti untuk menjaga dan menguruskan Danish Iman sepanjang masa. Kini, beliau bekerja sendiri dengan membawa GrabCar dengan pendapatan yang tidak menentu.

Sudah jatuh ditimpa tangga, turut menanggung derita Aqil Iman, 3 tahun abang kepada Danish Iman yang mengalami masalah asma kronik dan masalah kaki flat foot (kaki datar) yang mana dia tidak boleh berjalan lama dan ototnya kini semakin mengeras. Penyakit yang dihadapi Aqil Iman dapat dikesan seawal usia setahun apabila dia mengalami demam panas mengejut semasa ibunya masih dalam pantang selepas melahirkan Danish Iman.

14 Februari 2018

Datang memberi bantuan, pulang dengan kegembiraan merupakan intisari pada hari ini. Alhamdulillah, setelah pihak MVM meneliti latar belakang dan mengenalpasti keperluan yang diperlukan Danish Iman ini, kami tampil dengan barangan bantuan yang disumbang oleh orang ramai yang prihatin.

Tangisan Danish Iman sekali lagi didengari apabila ibunya sedang menyedut kahak yang terkumpul dimulutnya sebaik sahaja kami melangkah masuk kerumahnya. Ini sudah menjadi rutin seharian untuk Danish Iman kekal sihat. Bantuan yang diterima Danish Iman merupakan bantuan perubatan dibawah inisiatif MVM Hope iaitu Bantuan #SalamMVM

Alhamdulillah, tajaan yang berjaya dikumpul dan diserahkan kepada Danish Iman bernilai RM 9499.00. Antara bantuan yang diberikan adalah seperti berikut :

1) Oximeter
2) Portable Oxygen Concentrator
3) Bekalan susu tepung
4) Tiub khas untuk saluran pernafasan
5) Lampin pakai buang
6) Ubat-ubatan yang diperlukan

Terima kasih kepada penderma yang menyumbang kepada Danish Iman yang dapat membantu serba sedikit beban keluarga serta memenuhi keperluan Danish Iman.

Sama-sama kita doakan kesihatan Danish Iman bertambah baik dan boleh menjalani kehidupan lebih baik seperti kanak-kanak lain diluar sana. InshaaAllah.

– Islahuddin, Unit #SalamMVM

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.