Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

Jejak Mahabbah 6.0 : Bisikan Harapan Seorang Wanita Bernama Lela


Kemaskini pada Jun 5, 2018 105 Views

Bisikan Harapan Seorang Wanita Bernama Lela

Mungkin ramai belum mengetahui siapakah Puan Lela ini kan?

Pada kunjungan pertama, kami berkesempatan untuk mengenali lebih mendalam latar belakang Puan Lela dan keluarga. Untuk makluman, Puan Lela merupakan tukang masak di masjid secara sambilan.

Beliau mempunyai 9 orang anak, 7 orang yang masih bersekolah. Tambahan pula, keadaan suaminya lemah akibat masalah jantung dan masih dibawah pantauan doktor, membataskan pencarian rezeki mereka sekeluarga.  Besar harapan Puan Lela untuk mendapat perhatian dan bantuan ekonomi melalui MVM.

Harapan Menjadi Kenyataan

Alhamdulilah, setelah berbincang dan mengambil kira semua faktor, MVM telahpun bersetuju untuk memilih Puan Lela dan keluarga sebagai penerima bantuan Jejak Mahabbah kali ini. Hari ini, unit Bantuan Salam MVM sekali lagi berkunjung ke rumah Puan Lela untuk menyampaikan berita gembira ini.

Sebaik sahaja kami menceritakan hasrat untuk membantu beliau, bebola matanya yang sudah berair cuba dilarikan supaya lagaknya masih kelihatan seperti biasa. Sesekali senyumannya terukir manis menutup segala duka. Itulah dia, Puan Lela yang hebat jiwanya besar semangatnya, tidak pernah menyalahkan takdir meskipun suami tercinta disahkan mengalami paru-paru berair sejak September tahun lalu dan terpaksa berhenti kerja.

Semua tanggungjawab yang sepatutnya digalas si suami kini atas bahu Puan Lela. Andai rapuh bahunya, hilanglah pergantungan mereka sekeluarga. Dengan purata pendapatan hasil jualan kuih-muih sejuk beku dan berniaga katering secara kecil-kecilan sebanyak RM600-RM1000 sebulan, ia sangat tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Tambahan perniagaanya sedikit terbatas kerana beliau tiada wang mencukupi untuk membeli peralatan yang diperlukan bagi mengembangkan dan memudahkan proses perniagaan hariannya.

Namun, ketabahan dan kecekalan Puan Lela menghadapi dugaan hidup lebih-lebih lagi dalam menyara tujuh anaknya yang masih bersekolah , menjadi asbab utama  pihak kami terpanggil untuk memilih beliau sebagai penerima bantuan perniagaan dalam program Jejak Mahabbah 6.0 ini.

Atas keprihatinan ini, kami akan membuka peluang kepada orang ramai untuk turut sama memberi sumbangan ikhlas / tajaan dalam Kempen Bantuan Alatan Perniagaan ini. InsyaAllah maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat ini di laman web dan media social MVM.

Kami kongsikan gambar-gambar semasa menziarahi Puan Lela sekeluarga :

 

 

 

 

 

MVM di Facebook

MVM di Twitter


Tinggalkan Komen Anda

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian