Dapur Berasap, Keluarga Bahagia : Jom Sedekah Barangan Dapur !

Dapur Berasap, Keluarga Bahagia

Kempen “Dapur Berasap, Keluarga Bahagia” merupakan kempen sumbangan barangan asas kepada keluarga asnaf di bawah program Pure Heart bagi tahun 2019. Kempen ini diadakan adalah untuk membuka peluang kepada orang ramai terutamanya penduduk sekitar Lembah Klang untuk bersedekah barangan asas dapur seperti gula, minyak, beras dan lain-lain kepada keluarga asnaf Pure Heart.

Buat pengetahuan semua, program Pure Heart pada tahun ini akan berlangsung selama 10 bulan di SK Puchong Indah, Puchong. Antara intipati program ini adalah pemberian kotak Pure Heart yang mengandungi kelengkapan barangan asas dapur.

Kempen ini akan berjalan 3 kali sepanjang tahun 2019 iaitu pada 2 Februari, 11 Mei & 3 Ogos. Untuk 1 kali kempen dibuka, akan membantu keperluan asas selama 3 bulan keluarga asnaf tersebut. Jadi, jumlah keseluruhan sumbangan barangan asas berbentuk fizikal yang akan diperolehi adalah 12, 500 item bagi setahun yang akan memberi manfaat kira-kira kepada 12, 500 orang.

Objektif :-

  1. Membantu MVM dalam mengumpul dan menyalurkan bantuan kelengkapan barangan asas dapur kepada asnaf program Pure Heart MVM.
  2. Memberi peluang kepada penderma yang ingin menyumbang dari segi bentuk barangan fizikal.
  3. Menggalakan semua golongan untuk menyumbang dan besedekah kepada mereka yang memerlukan.

Di bawah ini, kami kongsikan kepada anda butiran penting mengenai program Dapur Berasap Keluarga Bahagia ini :

TARIKH 2 Februari 2019 (Sabtu)
MASA OPERASI 9.00 am – 3.00 pm
MASA AUDIT BARANG 3.30 pm – 5.00 pm
TEMPAT

15-1 & 17-1 Jalan Prima Utama 1A, Taman Puchong Prima , 47150 Puchong. (Landmark : LRT Puchong Prima.)

(Waze : Luni Collection, Puchong Prima)

JENIS BARANG SUMBANGAN

1)      Beras (5kg)

2)      Minyak Masak (1kg)

3)      Kicap (345ml)

4)      Gula (1kg)

5)      Sos Cili (500g)

SASARAN 1 keluarga = 5 item
JUMLAH SASARAN 250 keluarga x 5 item x 3 bulan = 3,750 item

 

TARIKH 11 Mei 2019 (Sabtu)
MASA OPERASI 9.00 am – 3.00 pm
MASA AUDIT BARANG 3.30 pm – 5.00 pm
TEMPAT Pusat Tuisyen Salam MVM
JENIS BARANG SUMBANGAN

1)      Beras (5kg)

2)      Minyak Masak (1kg)

3)      Kicap (345ml)

4)      Gula (1kg)

5)      Sos  Cili(500g)

SASARAN 1 keluarga = 5 item
JUMLAH SASARAN 250 keluarga x 5 item x 3 bulan = 3,750 item

 

TARIKH 3 Ogos 2019 (Sabtu)
MASA OPERASI 9.00 am – 3.00 pm
MASA AUDIT BARANG 3.30 pm – 5.00 pm
TEMPAT Pusat Tuisyen Salam MVM
JENIS BARANG SUMBANGAN

1)      Beras (5kg)

2)      Minyak Masak (1kg)

3)      Kicap (345ml)

4)      Gula (1kg)

5)      Sos Cili (500g)

SASARAN 1 keluarga = 5 item
JUMLAH SASARAN 250 keluarga x 5 item x 4 bulan = 5, 000 item

Pertanyaan Lanjut :

Sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh terus berhubung dengan wakil team kami iaitu Azizi di talian 012-2356854.

In sha Allah, semoga bantuan anda semua dapat meringankan beban keluarga asnag Pure Heart MVM sekaligus memberi kebahagian kepada mereka.

Kepada yang ingin menghulurkan bantuan asas anda boleh berbuat demikian seperti yang telah dinyatakan dalam butiran maklumat di atas. Semoga Allah memberkati usaha kita untuk mempermudahkan urusan orang lain. Hari ini kita bantu orang lain, esok Allah bantu kita pula. Amiin.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.