“Dapur Berasap Keluarga Bahagia Masih Diberi Rezeki”

“Dapur Berasap Keluarga Bahagia Masih Diberi Rezeki”

Pada 9 November yang lalu, Muslim Volunteer Malaysia telah mengadakan satu program yang dinamakan Dapur Berasap Keluarga Bahagia yang bertujuan bagi memberi peluang kepada orang awam untuk membantu menghulurkan sumbangan dalam bentuk barangan asas kepada keluarga asnaf MVM.

Buat pengetahuan semua, ini merupakan program kali 3 diadakan di MVM kerana sebelum ini kami hanya menerima wang sumbangan sahaja, Namun, setelah mendapat maklum balas daripada orang awam yang ingin menderma dalam bentuk barangan fizikal, kami mengambil inisiatif ini untuk mengadakan kempen DBKB.

Barangan asas yang boleh diberikan kepada keluarga asnaf ini termasuklah 5 items ini iaitu  beras, minyak masak, gula, kicap dan sos cili. Barangan yang telah dikumpulkan ini akan diberikan kepada keluarga asnaf MVM yang layak menerima bantuan dalam program Pure Heart akhir iaitu Pure Heart 4.10 yang akan berlangsung bermula 23 November nanti.

Program kempen tersebut telah berlangsung seawal jam 8 pagi sehingga 4 petang dan volunteer telah diberikan taklimat oleh ketua program MVM berkaitan tentatif program tersebut.

Mereka telah dibahagikan kumpulan untuk mengangkut dan mengumpulkan barang-barangan tersebut di satu ruangan di MVM yang akan diagihkan kepada keluarga asnaf. Muslim Volunteer Malaysia telah mensasarkan sebanyak 110 untuk setiap item bagi bekalan barangan asas dapur yang utama bagi Pure Heart ini.

Terima kasih kepada dermawan MVM yang telah menyumbang barangan asas dalam Program Dapur Berasap Keluarga Bahagia kali ini.

Alhamdulillah, program ini berlangsung telah berjaya mengumpul barangan asas bagi keperluan keluarga asnaf untuk program Pure Heart nanti.

Selain itu, program ini juga mampu memberi kesan dan kesedaran kepada orang ramai untuk membantu keluarga-keluarga asnaf yang sangat memerlukan bantuan. Semoga kempen DBKB ini dapat memberikan senyuman dan kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan dan meringankan lagi beban mereka bagi meneruskan kehidupan bersama keluarga yang tersayang.

Kami kongsikan kepada anda gambar-gambar ketika program berlangsung : 

 

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.