Dapur Berasap Keluarga Bahagia Terima Sambutan

Dapur Berasap Keluarga Bahagia Terima Sambutan

Pada 2 Februari yang lalu, Muslim Volunteer Malaysia telah mengadakan satu program yang dinamakan Dapur Berasap Keluarga Bahagia yang bertujuan bagi memberi peluang kepada orang awam untuk membantu menghulurkan sumbangan dalam bentuk barangan asas kepada keluarga asnaf MVM.

Buat pengetahuan semua, ini merupakan program yang julung kali diadakan di MVM kerana sebelum ini kami hanya menerima wang sumbangan sahaja, Namun, setelah mendapat maklum balas daripada orang awam yang ingin menderma dalam bentuk barangan fizikal, kami mengambil inisiatif ini untuk mengadakan kempen DBKB.

Barangan asas yang boleh diberikan kepada keluarga asnaf ini termasuklah 5 items ini iaitu  beras, minyak masak, gula, kicap dan sos cili. Barangan yang telah dikumpulkan ini akan diberikan kepada keluarga asnaf MVM yang layak menerima bantuan dalam program Pure Heart yang akan berlangsung bermula 24 Februani nanti.

Program kempen tersebut telah berlangsung seawal jam 8 pagi sehingga 5 petang dan volunteer telah diberikan taklimat oleh ketua program MVM berkaitan tentatif program tersebut.

Mereka telah dibahagikan kumpulan untuk mengangkut dan mengumpulkan barang-barangan tersebut di stor MVM yang akan diagihkan kepada keluarga asnaf. Muslim Volunteer Malaysia telah mensasarkan sebanyak 1,250 item untuk bekalan barangan asas dapur yang utama bagi Pure Heart pertama ini.

Secara keseluruhannya, sumbangan yang telah berjaya dikumpul daripada orang ramai yang menyumbang adalah sebanyak 435 item iaitu beras 52 item, minyak 99 item, gula 98 item, sos 71 item dan kicap 115 item. Sumbangan masih berbaki lagi sebanyak 815 item bagi menampung bekalan barangan asas dapur yang utama bagi program Pure Heart Februari.

Kempen ini diteruskan lagi pada 9 Februari 2019 bagi menambah barangan keperluan asas yang tidak mencukupi dalam DBKB 1.2. Alhamdulillah, selama dua kali program ini berlangsung telah berjaya mengumpul barangan asas bagi keperluan keluarga asnaf untuk program Pure Heart nanti.

Selain itu, program ini juga mampu memberi kesan dan kesedaran kepada orang ramai untuk membantu keluarga-keluarga asnaf yang sangat memerlukan bantuan. Semoga kempen DBKB ini dapat memberikan senyuman dan kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan dan meringankan lagi beban mereka bagi meneruskan kehidupan bersama keluarga yang tersayang.

Kami kongsikan kepada anda gambar-gambar ketika program berlangsung :

 

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.