Hi-Tea Untukmu Syria

Hi-Tea Untukmu Syria.

Alhamdulillah pada 14 April 2017 yang lalu, MVM telah mengadakan program Hi-Tea Untukmu Syria di Carlton Holiday & Suites, Shah Alam. Program ini adalah dengan kerjasama Puan Dheeya, Pengasas Butik Dheeya Fathanah Syari’e. Hi-Tea Untukmu Syria ini adalah untuk bertujuan mengumpul dana bagi pembelian 2 buah Ambulans ke Syria.

Seramai 50 orang hadirin yang terdiri daripada para usahawan tempatan. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak-anak pelarian Syria daripada Pusat Pendidikan Jasmine Ash-Sham. Anak-anak ini juga turut membuat persembahan yang telah menyentuh hati para tetamu yang hadir. Dalam majlis tersebut juga, satu forum dan soal jawab berkenaan isu peperangan di Syria telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai.

Lebih istimewa juga para hadirin berpeluang untuk memberi sumbangan ikhlas dan menerima cenderahati eksklusif daripada Muslim Volunteer Malaysia. Selain daripada itu, mereka juga berpeluang untuk menempah baju jualan amal #FREEDOMFORSYRIA.

Syukur kepada Illahi, majlis Hi-Tea Untukmu Syria berjalan dengan lancar sekali. Kami berharap dengan adanya majlis seperti ini ia membantu meningkatkan lagi kesedaran tentang isu kemanusiaan yang berlaku di dunia ini. Ia juga membantu menerapkan nilai-nilai prihatin dalam kalangan masyarakat hari ini.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.