Korban MVM 2020: Tiga Negara, Dua Benua, Satu Misi

Oleh Adnin : 11 August 2020

Korban MVM 2020: Tiga Negara, Dua Benua, Satu Misi

Umat Islam di seluruh dunia baru sahaja menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha pada 31 Julai lalu.

Namun, suasana raya tahun ini mungkin agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana pandemik COVID-19 terlebih dahulu ‘menyambut’ kita.

Penularan wabak itu turut memberi kesan kepada lebih 19 juta mangsa di seluruh dunia setakat ini serta ‘berjaya’ mengorbankan kira-kira 700,000 mangsa.

Gambar sekadar hiasan.

Ekoran itu, usaha pelaksanaan ibadah korban menjadi berbeza daripada norma kebiasaannya, segalanya bertujuan untuk mengekang penularan COVID-19.

Dan ketika dunia sedang ‘berperang’ melawan pandemik, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) masih kekal berdiri meneruskan bakti kemanusiaan di tiga negara antara dua benua, demi satu misi.

Korban MVM Sudan: Darah Korban Gugur Diiringi Renyai Hujan

Sehubungan itu, MVM dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) di Sudan, Rawahel Development Organization serta beberapa badan lain menganjurkan ibadah korban di dua lokasi komuniti Muslim di sana.

Ibadah korban yang dijalankan pada 1 Ogos itu melibatkan 23 ekor lembu untuk lebih 4,000 penerima di Khalwah Sheikh Hussin, Omdurman dan Kampung Syarik Salamah, Khartoum.

Hujan lebat, korban ditunda

Menurut wakil penganjur, difahamkan ibadah korban di Kampung Syarik Salamah, Khartoum pada awalnya dijadualkan berlangsung pada hari raya pertama.

Bagaimanapun, keadaan cuaca pada hari itu tidak mengizinkan apabila hujan turun dengan lebat hingga mengakibatkan jalan-jalan di kampung tersebut dinaiki air, sekaligus membantutkan pergerakan penduduk.

Ekoran itu, aktiviti ibadah korban terpaksa ditunda ke hari raya kedua.

Hujan turun iringi darah korban gugur ke bumi

Pada pagi keesokannya (hari kedua), aktiviti ibadah korban dimulakan di Khalwah Sheikh Hussin, Omdurman terlebih dahulu seperti yang dijadualkan.

Namun, sekali lagi pasukan petugas korban menghadapi detik sukar apabila cuaca hujan terlebih dahulu ‘mengiringi’ mereka pada pagi itu.

Difahamkan, bukan sahaja hujan turun dengan lebat, malah kawasan penyembelihan tersebut turut dinaiki air. Bagaimanapun, amanah tetap perlu dilaksanakan.

Maka pihak petugas korban mengambil keputusan untuk memulakan terus aktiviti korban, memandangkan wakil penduduk sudah bersedia di situ untuk mengambil daging korban.

Dengan lafaz Basmalah serta iringan takbir, 11 ekor lembu mula ditumbangkan satu persatu.

Suasana ketika proses penyembelihan dijalankan.

Suasana di tapak penyembelihan di Omdurman.

Lebih ‘epik’, korban tersebut berlangsung ketika hujan turun membasahi mereka di sana, seolah-olah setiap titisan air hujan itu menjadi saksi darah sembelihan tumpah gugur ke bumi.

Walaupun hujan, namun 11 ekor lembu itu selamat disembelih dan dilapah serta berjaya diagihkan kepada kira-kira 2,200 penerima.

Suasana penyembelihan di Omdurman.

Suasana penyembelihan di Omdurman.

Antara penerima-penerima daging korban di Omdurman.

Antara penerima-penerima daging korban di Omdurman.

Yang tertunda kini diteruskan

Selesai sahaja aktiviti korban di Omdurman, maka petugas korban bergerak menuju semula ke Khartoum untuk menjalankan korban di Kampung Syarik Salamah yang tertunda sebelum itu.

Berdasarkan laporan wakil penganjur, kebiasaannya tempoh perjalanan yang diambil dari Omdurman ke Khartoum sejauh 24 kilometer itu hanya mengambil masa kira-kira satu jam sahaja.

Namun pada hari itu, tempoh masa perjalanan teranjak sehingga empat jam lamanya berikutan banyak jalan di sana dinaiki air akibat hujan lebat sehingga menyukarkan mereka untuk bergerak lebih cepat.

Selepas empat jam, akhirnya mereka tiba di kampung tersebut menjelang Maghrib dan ketibaan mereka di situ disambut oleh orang-orang kampung yang bersedia menerima daging korban mereka.

Sebanyak 12 ekor lembu sudah ‘sedia’ ditumbangkan sebelum alunan takbir bergema mengiringi penyembelihan tersebut.

Suasana penyembelihan pada waktu malam di Khartoum. Foto: Penganjur

Suasana penyembelihan pada waktu malam di Khartoum.

Suasana penyembelihan pada waktu malam di Khartoum.

Walaupun terpaksa menyembelih dan melapah di bawah lampu yang menerangi kegelapan malam, ibadah korban tersebut berjaya diselesaikan dengan sempurna dan kira-kira 2,400 penerima telah mendapat daging korban mereka.

Korban MVM Kemboja: Dari Malaya Ke Bumi Champa

Sementara itu, MVM bersama rakan kerjasama Global Peace Mission Malaysia (GPM) ‘merentas’ ke Bumi Champa, Cambodia (Kemboja) menjalankan misi ibadah korban di sana pada 31 Julai hingga 2 Ogos lalu.

Misi korban yang berlangsung dari 31 Julai hingga 2 Ogos itu turut mendapat kerjasama dengan NGO tempatan, Cambodian Muslim Intellectual Alliance.

Sebanyak tujuh (7) ekor lembu di bawah seliaan GPM dikorbankan di Kampung Thom, manakala dua (2) ekor lagi di bawah MVM ditumbangkan di Kampung Cham, wilayah Phnom Penh dan daripada dua (2) ekor tersebut, masing-masing dibahagikan kepada tujuh (7) bahagian setiap seekor.

Difahamkan, segala urusan penyembelihan, proses lapahan serta pengagihan daging korban turut dibantu oleh petugas sukarelawan di sana.

Selain itu, sejumlah 200 pek barangan asas turut disumbangkan kepada sebahagian besar keluarga di sana yang terjejas akibat pandemik COVID-19 pada 8 Ogos berikutnya.

Suasana penyembelihan di Kampung Cham, Kemboja.

Suasana penyembelihan di Kampung Cham, Kemboja.

Suasana penyembelihan di Kampung Cham, Kemboja.

Suasana penyembelihan di Kampung Cham, Kemboja.

Suasana penyembelihan di Kampung Cham, Kemboja.

Suasana penyembelihan di Kampung Cham, Kemboja.

Suasana penyembelihan di Kampung Cham, Kemboja.

Korban MVM Sarawak: Sinar Korban Buat Saudara Baharu Di Borneo

Selain Sudan dan Kemboja, dalam masa sama MVM turut melebarkan bakti ke bumi Borneo dengan melaksanakan ibadah korban di dua kampung di sana pada 1 Ogos lalu.

Menariknya aktiviti korban di sini, sebahagian penerima daging korban adalah daripada kalangan saudara baharu; muallaf dan antara tujuan ia dilaksanakan adalah untuk menjelaskan kepada mereka bagaimana ibadah korban dijalankan, lebih-lebih lagi secara SOP yang ditetapkan.

Suasana aktiviti korban yang dijalankan di Sarawak.

Suasana aktiviti korban yang dijalankan di Sarawak.

Masjid Al-Muhtadin di Saratok.

Penganjuran kali ini mendapat kerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sarawak, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan beberapa badan NGO Islam yang lain.

Sebanyak tiga (3) ekor lembu yang dikorbankan, dibahagikan kepada 21 bahagian secara keseluruhannya, melibatkan seekor di Masjid Al-Muhtadin, Saratok dan dua (2) ekor lagi di Surau Darul Iman, Kampung Jangalas Sibuti Bekenu, Miri.

Difahamkan, seramai 845 individu melibatkan mualaf dan asnaf di kedua-dua lokaliti ini berhak menerima sumbangan daging korban berkenaan.

Suasana aktiviti korban di sana.

Suasana aktiviti korban yang dijalankan di Sarawak.

Suasana aktiviti korban yang dijalankan di Sarawak.

Suasana aktiviti korban yang dijalankan di Sarawak.

Turut hadir sama, dari kiri, YB Ali Biju, wakil YADIM Sarawak dan Datuk Hj Abdul Wahab Aziz Adun N38 Kalaka.

Suasana aktiviti korban yang dijalankan di Sarawak.

Mendapat liputan berita rasmi

Menariknya aktiviti korban di Sarawak ini turut mendapat liputan berita rasmi daripada wartawan Astro Awani yang bertugas di sana.

Demikian catatan laporan ringkas daripada ketiga-tiga lokasi aktiviti korban tersebut.

Mereka sudah, anda pula bagaimana?

Walaupun ibadah korban telah berjaya dilaksanakan, namun projek-projek kemanusiaan MVM yang lain tetap berjalan seperti yang dirancang.

Andaikata anda terlepas peluang untuk menyumbang ke sumbangan misi korban kami sebelum ini, jangan risau.

MVM sentiasa membuka peluang dan jalan untuk anda bagi menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di luar sana.

Demi memastikan misi-misi kami berjalan lancar, anda boleh layari pautan www.donation.org.my untuk maklumat lanjut serta sumbangan berkaitan.

Selamat menyumbang!