Misi Bantuan Kecemasan Banjir Gua Musang Kelantan 2020

Oleh Amirah Harun : 23 July 2020

Misi Bantuan Kecemasan Banjir Gua Musang Kelantan

Pada 18-19 Julai 2020, 4 Petugas MVM bersama 3 lagi petugas Majlis Belia Malaysia telah berangkat ke Kelantan bagi Misi Bantuan Kecemasan Banjir. Tempat yang terjejas adalah di beberapa kampung pedalaman di Gua Musang.

Lebih kurang 100 keluarga penerima bantuan yang telah diberikan bantuan iaitu dari segi bantuan barangan asas seperti beras, bihun, tepung, gula, garam, pek hygiene kit dan lain-lain.

Antara lokasi untuk agihan bantuan barangan asas ialah Kampung Kerinting, Kampung Lembaga, Kampung Kolam Mas, Kampung Batu 1, Kampung Tiong, Kampung Maik Pulai, PPMD Chin Teck, Ladang Chin Teck, MJH dan Tanah Putih.

Tim yang terlibat di dalam pengagihan ini adalah tim Muslim Volunteer Malaysia (MVM) sendiri, tim Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Belia Malaysia Gua Musang dan MAYC Kelantan.

Perjalanan Semasa Misi Dijalankan

Pada hari pertama tim telah bertolak seawal jam 5 pagi dan tiba di Gua Musang pada jam 10.30 pagi di pejabat MAYC Gua Musang. Di sana, tim telah membuat persiapan dan pembungkusan bagi barangan asas ini.

Mereka juga telah diberikan pek hygiene kit dimana kita berikan mereka pelitup muka, hand sanitizer, vitamin dan tisu basah untuk kegunaan kebersihan keluarga ini.

Antara barangan asas yang diberikan

 

Pek Hygiene Kit

 

Pada sebelah malam pula, tim telah mengadakan mesyuarat bersama mengenai perbincangan pergerakan pada esok hari bagi sesi pengagihan bantuan barangan asas kepada beberapa buah tempat dan tim juga telah sepakat untuk dipecahkan kepada 3 kumpulan bagi memudahkan lagi pergerakan pengagihan ini berjalan pada hari kejadian.

 

Kemudian, pada hari kedua iaitu hari terakhir tim di dalam misi ini, seawal jam 8 pagi tim telah pun berkumpul dan membuat pembahagian tim untuk ke kampung-kampung bagi sesi pengagihan bantuan ini dijalankan.

Masalah Yang Dihadapi Oleh Penduduk Kampung

Semasa agihan dilakukan, tim juga sempat bertanya khabar dan menemu ramah sedikit penduduk kampung yang terjejas didalam banjir tempoh hari.

Masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung adalah kenaikan paras air yang terlalu cepat telah menyebabkan banjir ini berlaku. Disebabkan kali ini ialah bajir kilat, kenaikan paras air berlaku terlalu cepat dalam anggaran 1 jam.

Serahan bantuan rumah ke rumah

 

Walaupun sudah seminggu banjir ini berlaku, proses pembersihan rumah masih belum selesai disebabkan ada beberapa kawasan yang sukar untuk mendapatkan air.

Ada juga yang mengadu banyak kerosakan yang telah berlaku antaranya mesin basuh, TV, sofa dan barangan elektrik yang lain.

 

Terima kasih kami ucapkan kepada rakan kerjasama kami iaitu Majlis Belia Malaysia (MBM) yang membantu di dalam program ini, Turut terlibat di dalam misi ini adalah YB Mohd Syahbuddin Hj. Hashim selaku ADN Galas N45, Encik Mohd Hakimi Exco Majlis Belia Jajahan Gua Musang dan MAYC Kelantan.

Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas dalam menjayakan misi kali ini. Harapan kami di MVM adalah bantuan ini tidak terhenti disini sahaja. In sha Allah, lebih banyak perancangan bantuan yang ada pada masa akan datang bagi membantu mereka yang memerlukan.

Jika anda ingin menyumbang kepada insan-insan yang memerlukan, anda boleh hulurkan sumbangan anda di https://donation.mvm.org.my/donations/. Sumbangan anda amatlah dihargai oleh kami, semoga Allah membalas jasa.

Kami kongsikan gambar aktiviti sepanjang misi ini berlangsung :