MVM di Festival Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia

MVM di Festival Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia

Alhamdulillah, pada 28 November yang lalu, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah mengendalikan program dan membuka booth di Tapak Perkarangan USIM bersempena dengan Pesta Konvokesyen ke-16 USIM.

Dalam program ini seramai 14 orang #VolunteerMVM yang komited telah membantu tim MVM di booth yang disediakan bagi menerangkan berkenaan MVM kepada pengunjung dan membantu pendaftaran #VolunteerMVM. Selain itu mereka juga telah diberi peluang untuk membantu menjual barang Ekslusif MVM seperti snapback, buku, t-shirt, tabung dan pelbagai lagi.

Bukan itu sahaja, pada hari tersebut juga MVM juga telah menyediakan program dengan pengisian yang padat buat pelajar USIM khususnya dan para pengunjung yang hadir.

Antara aktivitinya termasuklah :

2.00PM-3.30PM : Talk dari Presiden MVM, Muhammad Bin Jantan yang bertajuk Students VS Volunteer On X On?

3.30PM-3.50PM : Pelancaran MVM Shop4Humanity

4.00PM-6.00PM : FUND CHALLENGE

4.00PM-6.00PM : Talk bersama GISO bertajuk “Charity Work?” No Money Don’t Worry

5.00PM-7.00PM : Simulasi Bantuan Asnaf Pure Heart

9.00PM-11.00PM : MALAM AMAL MVM

Kami di MVM amat terharu dengan sambutan daripada pelajar dan pengunjung yang hadir dalam menyokong program yang julung-julung kali ini diadakan. In sha Allah, program sebegini akan kerap dilakukan pada masa akan datang dan diharap lebih ramai yang akan memberi sokongan dan galakan kepada MVM.

Terima kasih diucapkan kepada pihak USIM kerana sudi memberikan peluang kepada MVM untuk slot program sepanjang satu Pesta Konvokesyen USIM berlangsung. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada mereka terlibat.

Di sini kami kongsikan kepada anda gambar sepanjang program berlangsung :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.