Nature Hero: Heal the beach

Nature Hero: Heal the beach

Hye & Assalamualaikum #VolunteerMVM serta Dermawan MVM semua !

Alhamdulillah, pada 20 Oktober 2019 yang lepas, pertama kalinya MVM telah menganjurkan Nature Hero: Heal The Beach 2019 iaitu dalam segmentasi #MVMNature yang bertempat di Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, Selangor. Nature Hero – Heal The Beach 2019 adalah satu program bagi menyebarkan kesedaran kepada sukarelawan dan masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar, serta meberi kesedaran akan tanggungjawab sosial dalam kalangan sukarelawan serta mengukuhkan ukhuwah sesama masyarakat.

Seramai 20 orang sukarelawan yang telah mengambil bahagian dalam program pembersihan pantai ini. Program telah bermula seawal 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Program dimulakan dengan bacaan dan taklimat penerangan aktiviti pembersihan pantai. Pada pukul 10.00 pagi, sampah yang telah dikutip telah diaudit serta diasingkan mengikut dua kategori iaitu general waste dan recycle item. Setelah diaudit, sampah tersebut ditimbang. Hasil daripada gotong royong tersebut, lebih daripada 139.71 kg sampah yang telah berjaya dikutip.

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah terlibat dengan program Nature Hero: Heal The Beach 1.1 kerana memberikan kerjasama yang sangat baik. InsyaAllah, program ini akan diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang aktiviti berlangsung: 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.