Open House Raya MVM 2017 Mengeratkan Jalinan Silaturrahim

Open House Raya MVM 2017 Mengeratkan Jalinan Silaturrahim.

Syukur kepada Allah swt, MVM telah berpeluang untuk mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 13 Julai 2017 bagi sama-sama meraikan #VolunteerMVM, rakan media, rakan NGO, rakan penaja dan keluarga asnaf Pure Heart.

Majlis yang ringkas tetapi penuh bermakna sekali ini telah berlangsung dari jam 11 pagi sehingga 6 petang. Pelbagai juadah makanan yang dihidangkan seperti sate, nasi impit, bihun sup, nasi putih dan beraneka lauk pauk serta kuih muih. Istimewanya, hidangan makanan ini telah ditempah dan disediakan oleh salah sebuah keluarga asnaf Pure Heart. Ia juga tanda sokongan kami kepada perniagaan mereka.

Jutaan terima kasih kepada semua para sukarelawan, rakan media, rakan NGO, rakan penaja dan keluarga asnaf Pure Heart yang telah meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Open House Raya MVM 2017

Berikut adalah koleksi gambar Open House Raya MVM 2017 :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.