Pure Heart 3.8 bersama Bomba Puchong

Pure Heart 3.8 bersama Bomba Puchong

Syukur kepada Allah swt, pada 28 dan 29 September 2018 yang lalu MVM telah menganjurkan program Bantuan Asnaf Pure Heart MVM yang kelapan bagi sesi 2018 di SK Puchong Perdana. Seramai 220 keluarga asnaf bersama anak-anak mereka diraikan dalam program kali ini. Pure Heart bulan September ini juga telah dijayakan oleh 60 orang #VolunteerMVM yang sangat komited memastikan program berjalan dengan lancar.

Istimewanya, Pure Heart kali ini dibantu oleh pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam seramai  11 orang  manakala  pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) seramai 4 orang.

 28 September 2018 

#VolunteerMVM telah berkumpul di SK Puchong Perdana untuk melakukan kerja-kerja persediaan program. Sesi persediaan bermula dengan taklimat ringkas oleh Saudari Aqilah selaku Ketua Program dan sesi perkenalan bersama #VolunteerMVM.

Selepas itu, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Beras BARIM 5kg
  • Gula 1kg
  • Minyak masak 1kg
  • Tepung gandum 1kg
  • Maggie kari
  • Serbuk kunyit Babas
  • Sup bunyut Adabi
  • Perencah sup Adabi
  • Kopi kapal api
  • Garam halus
  • Serbuk kari Babas
  • Biskut chipsmore
  • Serbuk cili Babas
  • Asam jawa
  • Sos cili life
  • Kicap manis kipas udang
  • Sabun pencuci pinggan
  • Ubat gigi colgate

Selepas proses pembungkusan, #VolunteerMVM juga bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenana. Sesi persediaan berakhir kira-kira pada jam 12 tengah malam.

29 September 2018

Tepat jam 8.00 pagi, keluarga-keluarga penerima bantuan telah memenuhi perkarangan sekolah untuk pendaftaran dan bersarapan pagi.

Untuk Program Pure Heart 3.8 ini, MVM telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Balai Bomba Puchong bertujuan untuk memberi pendedahan khusus mengenai kebakaran dan punca menyebabkan kebakaran yang sering berlaku.

Program pada awal pagi, dimulakan dengan taklimat oleh wakil bomba Puchong mengenai perkara berkaitan kebakaran. Taklimat menjadi semakin meriah dengan sesi soal-jawab antara ibu bapa dan wakil bomba.

Kemudian, pada jam 10.30 pagi, ibu bapa telah berkumpul di padang sekolah untuk menyaksikan demo kebakaran khas daripada Unit Bomba dan Keselamatan Puchong.

Selesai sahaja demo kebakaran, keluarga penerima bantuan ini telah menerima kotak Pure Heart yang berisi barangan asas dapur dan mereka juga mendapat bekalan ayam segar oleh Haji Butcher.

Program Pure Heart 3.8 ini telah berakhir dengan penyampaian sijil kepada #VolunteerMVM dan wakil SK Puchong Perdana.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas, para penaja program Pure Heart  3.7 dan juga Volunteer MVM yang cukup bersemangat dan komited.

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.