Pure Heart 3.9 bertemakan Riang Ria Warna MVM

Pure Heart 3.9 bertemakan Riang Ria Warna MVM

Syukur kepada Allah swt, pada 26 dan 27 Oktober yang lalu,  yang lalu MVM telah menganjurkan program Bantuan Asnaf Pure Heart MVM yang kelapan bagi sesi 2018 di SK Puchong Perdana. Seramai 220 keluarga asnaf bersama anak-anak mereka diraikan dalam program kali ini. Pure Heart bulan Oktober ini juga telah dijayakan oleh 60 orang #VolunteerMVM yang sangat komited memastikan program berjalan dengan lancar.

Pure Heart kali ini, MVM telah bersepakat memilih tema “Riang Ria Warna MVM” dan bekerjasama dengan pihak sekolah sendiri untuk membuat aktiviti mural dan menceriakan kawasan sekolah.

 26 Oktober 2018 

#VolunteerMVM telah berkumpul di SK Puchong Perdana untuk melakukan kerja-kerja persediaan program. Sesi persediaan bermula dengan taklimat ringkas oleh Saudari Aqilah selaku Ketua Program dan sesi perkenalan bersama #VolunteerMVM.

Selepas itu, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Beras BARIM 5kg
  • Gula Pasir Kasar Prai 1kg
  • Tepung Gandum Cap Sauh 1kg
  • Bihun
  • Garam Halus 300g
  • Kicap Manis Jalen 325ml
  • Sos Cili Life 500g
  • Sunquick 330ml
  • Santan Kara 200ml
  • Serbuk Kunyit Adabi 250g
  • Sabun Pencuci Pinggan
  • Sabun Buku
  • Shampoo 700ml
  • Biskut Hup Seng 428g
  • Wafer Stick

Selepas proses pembungkusan, #VolunteerMVM juga bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenana. Sesi persediaan berakhir kira-kira pada jam 12 tengah malam.

27 Oktober 2018

Tepat jam 8.00 pagi, keluarga-keluarga penerima bantuan telah memenuhi perkarangan sekolah untuk pendaftaran dan bersarapan pagi.

Kami di MVM dan pihak sekolah amat teruja melihat ibu bapa yang datang sangat bersemangat untuk menjalankan aktiviti bulan ini dengan memakai pakaian untuk bergotong-royong. Kehadiran para ibu bapa yang ramai membuatkan kami yakin segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

Program pada awal pagi, dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada guru besar Nor Azian Ashar mengenai objektif dan matlamat program Pure Heart dijalankan. Seterusnya, Ketua Projek Program, Nur Aqilah Azizi memberikan taklimat mengenai pembahagian kumpulan dan kawasan-kawasan yang terlibat bagi aktiviti mural dan menceriakan kawasan sekolah.

Tepat jam 10,30 pagi, ibu bapa, para gura dan volunteers telah berpecah mengikut kawasan yang diberikan. Mereka diberikan masa lebih kurang dua jam untuk menyelesaikan tugasan yang telah ditetapkan sebelum berkumpul semula bagi mengambil kotak Pure Heart dan makanan tengahari.

Alhamdulillah, aktiviti selesai mengikut perancangan. Jam 12 tengahari, ibu bapa sudah mula beratur di hadapan bilik SPBT bagi pengambilan kotak Pure Heart yang berisi barangan asas dapur dan mereka juga mendapat bekalan ayam segar oleh Haji Butcher.

Terima kasih kepada penaja utama bagi program kali ini:
? Ani Catering & Wedding Planner
? Katering Aiskrim Scoopyo
? De’Xandra HQ

Program Pure Heart 3.8 ini telah berakhir dengan penyampaian sijil kepada #VolunteerMVM dan wakil SK Puchong Perdana.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas, para penaja program Pure Heart  3.9 dan juga Volunteer MVM yang cukup bersemangat dan komited.

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.