Pure Heart 4.4 Ramadan MVM Rai Keluarga Asnaf Dengan Meriah

Pure Heart 4.4 Ramadan MVM Rai Keluarga Asnaf Dengan Meriah

Syukur kepada Allah swt, pada Sabtu yang lepas iaitu 11 Mei 2019 yang lalu, MVM telah menganjurkan program Bantuan Asnaf Pure Heart 4.4, Rewang Ramadan di SK Puchong Indah. Seramai 110 keluarga asnaf telah diraikan dalam program kali ini. Pure Heart bulan ini juga telah dijayakan oleh 60 orang #VolunteerMVM termasuk pelajar-pelajar ICOOP kolej yang sangat komited memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Istimewa Pure Heart kali ini, MVM telah mengadakan slot ceramah bersama Imam Muda Faris, ifthar jama’I dan solat terawih berjemaah bersama keluarga asnaf Pure Heart ini. Selain itu, mereka bukan sahaja menerima bantuan kotak makanan malah mereka telah diagihkan juga pek kurma untuk setiap keluarga.

Persiapan Program Yang Padu dari Tim MVM dan Volunteer MVM

Persediaan Program Pure Heart 4.4 telah dilakukan dari petang jumaat oleh staf-staf MVM bagi persediaan barangan asas untuk dibungkus dan perkakas-perkakas rewang pada keesokan harinya. Mereka juga telah pergi ke pasar-pasar borong untuk membeli bahan-bahan mentah untuk acara masak memasak bersama-sama volunteer.

Keesokan harinya jam 9 pagi, #VolunteerMVM telah berkumpul di SK Puchong Indah untuk melakukan kerja-kerja persediaan program. Mereka telah diberi sedikit aktiviti iaitu Icebreaking agar mereka dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat.

Seterusnya, sesi persediaan bermula dengan taklimat ringkas oleh Saudari Seri selaku Ketua Program dan sesi pengenalan bersama #VolunteerMVM dan kakitangan MVM. Kemudian, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Beras
  • Tepung gandum
  • Garam halus
  • Gula pasir
  • Milo
  • Susu tin
  • Bihun
  • Biskut
  • Serbuk kunyit
  • Cili kering
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Sup Bunjut
  • Shampoo Sunsilk
  • Sabun Mandi Lifebuoy
  • Colgate
  • Minyak Masak
  • Kicap
  • Sos cili

Setelah itu, Pada jam 11 pagi, aktiviti rewang memasak dan proses pembungkusan telah dijalankan dengan serentak. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan tempat oleh unit program MVM agar lebih teratur dan lebih strategic untuk volunteer-volunteer ini melakukan tugasan mereka,

#VolunteerMVM sangat bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenaan bagi kelancaran majlis berjalan dengan lancar.

Aktiviti rewang memasak telah diketuai oleh kak Laila iaitu sebagai ketua chef rewang yang sangat awesome bersama beberapa volunteermvm yang sangat ceria dan bersemangat membantu memasak makanan utama yang akan dihidangkan semasa berbuka iaitu Nasi Tomato.

Sepanjang aktiviti rewang dan pembungkusan kotak berlangsung, semua memberikan kerjasama yang sangat mantap dan padu demi perjalanan program untuk keluarga asnaf ini berjalan dengan jayanya.

Perkongsian yang cukup santai dan ringkas tetapi sangat bermotivasi oleh Imam Muda Faris.

Tepat jam 5 petang, telah ramai yang hadir ibu bapa didewan terbuka sekolah tersebut untuk mendaftar. Tidak seperti Pure Heart yang lepas, ibu bapa yang hadir bersama anak-anaknya ini berpakaian sopan iaitu berbaju kurung serta berbaju melayu dan melihatkan suasana ini menggambarkan suasana yang sangat ceria dan meriah sekali pada waktu itu.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan slot perkongsian daripada Imam Muda Faris pada jam 6 petang. Imam Muda Faris sangat bersemangat apabila menyampaikan perkongsian kepada ibu bapa bagi berkongsi pengalaman hidupnya sebagai satu pengajaran yang baik untuk dikongsi kepada mereka-mereka yang hadir. Erti kesyukuran dan penghargaan sangat ditekankan didalam penyampaiannya agar tidak lari dari tujuan hidup.

Ramai hadirin yang tertarik dengan pengisian yang disampaikan oleh Imam Muda Faris kerana cara beliau sampaikan adalah sangat santai dan ringkas dan tidak terlalu berat dan padat untuk difahami dan dari segi penceritaan yang cukup menghiburkan penonton.

Selain itu, cabutan bertuah juga diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara #VolunteerMVM dan juga keluarga-keluarga asnaf ini.

Kemudian, saat yang dinanti oleh semua telah tiba iaitu berbuka puasa bersama keluarga asnaf ini. Mereka telah diagihkan mini iftar kurma dan air mineral untuk berbuka terlebih dahulu, kerana makanan berat selepas solat maghrib berjemaah. Pek mini iftar kurma telah ditaja oleh dua syarikat iaitu Arked Man Trading Sdn Bhd dan Home Tutor.com. Seterusnya, solat terawih secara berjemaah telah diimamkan oleh Imam Muda Faris bersama keluarga asnaf Pure Heart ini.

Dan acara kemuncak yang dinantikan oleh keluarga asnaf ini iaitu pengagihan kotak-kotak dan pek kurma. Pada kali ini, stesen pengagihan kotak dibuka dua stesen bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pengagihan kotak ini.

Alhamdulillah, aktiviti selesai mengikut perancangan. Program Pure Heart 4.4, Rewang Ramadan ini telah berakhir dengan penyampaian sijil kepada #VolunteerMVM dan wakil SK Puchong Indah.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas, para penaja Program Pure Heart 4.4, Rewang Ramadan dan juga Volunteer MVM yang cukup bersemangat dan komited.

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.