Pure Heart 4.5 Raikan Syawal, Beri Senyuman Bahagia Kepada Keluarga Asnaf MVM

Pure Heart 4.5 Raikan Syawal, Beri Senyuman Bahagia Kepada Keluarga Asnaf MVM

Syukur kepada Allah swt, pada Sabtu yang lepas iaitu 29 Jun 2019 yang lalu, MVM telah menganjurkan program Bantuan Asnaf Pure Heart 4.5, Raikan Syawal di SK Puchong Indah. Seramai 110 keluarga asnaf telah diraikan dalam program kali ini. Pure Heart bulan ini juga telah dijayakan oleh 60 orang #VolunteerMVM sangat komited demi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Istimewa Pure Heart kali ini, MVM telah mengadakan jamuan yang berkonsepkan “open house raya” kepada keluarga asnaf MVM ini serta penyerahan duit raya kepada setiap keluarga. Selain itu juga, seperti biasa mereka akan menerima bantuan kotak makanan iaitu barangan asas.

Persiapan Program Yang Padu dari Tim MVM dan Volunteer MVM

Persediaan Program Pure Heart 4.5 telah dilakukan dari petang jumaat oleh staf-staf MVM bagi persediaan barangan asas untuk dibungkus dan perkakas-perkakas rewang pada keesokan harinya. Mereka juga telah pergi ke pasar-pasar borong untuk membeli bahan-bahan mentah untuk acara masak memasak bersama-sama volunteer.

Seterusnya pada jam 9 pagi sabtu, #VolunteerMVM telah hadir untuk mendaftarkan diri sebelum melakukan kerja-kerja persediaan program. Mereka telah diberi sedikit taklimat berkaitan aktiviti sepanjang program oleh Saudari Seri selaku Ketua Program.

Kemudian, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Beras
  • Tepung gandum
  • Garam halus
  • Gula pasir
  • Susu tin
  • Biskut
  • Honey Star
  • Bawang Merah
  • Shampoo Sunsilk
  • Sabun Mandi Lifebuoy
  • Colgate
  • Minyak Masak
  • Kicap
  • Sos cili

Setelah itu, Pada jam 11 pagi, aktiviti rewang memasak mula dijalankan oleh volunteermvm. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan tempat oleh unit program MVM agar lebih teratur dan lebih strategic untuk volunteer-volunteer ini melakukan tugasan mereka,

#VolunteerMVM sangat bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenaan bagi kelancaran majlis berjalan dengan lancar.

Aktiviti rewang memasak telah diketuai oleh Encik Shahrul iaitu sebagai ketua chef rewang yang sangat awesome bersama beberapa volunteermvm yang sangat bersemangat membantu memasak makanan utama yang akan dihidangkan semasa berbuka iaitu Nasi Ayam.

Sepanjang aktiviti rewang dan pembungkusan kotak berlangsung, semua memberikan kerjasama yang sangat mantap dan padu demi perjalanan program untuk keluarga asnaf ini berjalan dengan jayanya.

Ramai yang tersenyum bahagia dengan program kali ini.

Kemeriahan Pure Heart kali ini dirasai dengan berkonsepkan raya iaitu Raikan Syawal dengan jamuan raya yang pelbagai dihidangkan oleh volunteermvm kepada keluarga asnaf ini.

Antara hidangan yang disediakan ialah Nasi Ayam, cendol, lemang dan rendang, apam balik, kambing bakar, ayam bakar, kuih muih, dan aiskrim. Semua hidangan terlampau sedap untuk digambarkan pada malam itu. Antara penaja yang telah menaja hidangan pada malam itu adalah Endah Enterprise, Lemang Asli Pak Din dan Lemang Corner Ori.

Tepat pada jam 8 malam, ruangan dewan telah mula ramai dengan ibu bapa dan keluarganya. Seperti Pure Heart yang lepas, ibu bapa yang hadir bersama anak-anaknya ini berpakaian sopan iaitu berbaju kurung serta berbaju melayu dan melihatkan suasana ini menggambarkan suasana yang sangat ceria dan meriah di hari raya.

Pada malam itu, kemeriahan suasana sangat dirasai apabila lagu-lagu dimainkan dan semua tersenyum bahagia dengan suasana tersebut. Salah seorang daripada keluarga asnaf sendiri telah menghiburkan program tersebut dengan mempersembahkan nyanyian yang begitu merdu kepada semua yang mendengarnya. Selain itu, cabutan bertuah juga diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara #VolunteerMVM dan juga keluarga-keluarga asnaf ini. Akhir sekali, sesi pengagihan kotak barangan asas yang kepada keluarga asnaf ini dan mereka juga telah diberikan duit raya daripada MVM hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Alhamdulillah, aktiviti selesai mengikut perancangan. Program Pure Heart 4.5, Raikan Syawal ini telah berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama #VolunteerMVM, keluarga asnaf dan wakil SK Puchong Indah.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas, para penaja Program Pure Heart 4.5, Raikan Syawal dan juga Volunteer MVM yang boleh dikatakan tersangat dan cukup awesome!

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.