Pure Heart 4.6, “Health For Life” Bawa Awareness Kepada Keluarga Asnaf

Pure Heart 4.6, “Health For Life” Bawa Awareness Kepada Keluarga Asnaf

Syukur kepada Allah swt, pada Sabtu yang lepas iaitu 27 Julai 2019, MVM telah menganjurkan program Bantuan Asnaf Pure Heart 4.6, Health For Life” di SK Puchong Indah. Seramai 110 keluarga asnaf telah diraikan dalam program kali ini. Pure Heart bulan ini juga telah dijayakan oleh 60 orang #VolunteerMVM termasuk volunteer daripada MRA dan Service Source International Malaysia Sdn Bhd demi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Istimewa Pure Heart kali ini, MVM telah adakan slot ceramah kesihatan daripada MRA dan sesi pemeriksaan kesihatan kepada keluarga asnaf MVM ini. Selain itu juga, seperti biasa mereka akan menerima bantuan kotak makanan iaitu barangan asas.

Persediaan Program Yang Tersusun dan Rapi

Persediaan Program Pure Heart 4.6 dari pagi Sabtu tersebut oleh staf-staf MVM dimana mereka telah seawal jam 8 pagi demi memastikan peralatan semua lengkap

Seterusnya pada jam 8.30 pagi Volunteer telah ramai yang hadir untuk mendaftarkan diri sebelum melakukan kerja-kerja persediaan program. Mereka telah diberi sedikit taklimat berkaitan aktiviti sepanjang program oleh Saudari Seri selaku Ketua Program.

Kemudian, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Beras
  • Cucur Adabi
  • Sunquick
  • Cracker Cream
  • Asam Jawa
  • Gula pasir
  • Ikan Bilis
  • Ubi Kentang
  • Cili Api Merah
  • Bawang Merah
  • Shampoo
  • Sabun Mandi
  • Colgate
  • Bio Zip
  • Minyak Masak
  • Kicap
  • Sos cili

Setelah itu, Pada jam 9.00 pagi,  bermula slot Ceramah Kesihatan oleh Malaysian Relief Agency (MRA) diikuti dengan pembungkusan barangan asas kotak Pure Heart oleh semua volunteer yang terlibat. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan tempat oleh unit program MVM agar lebih teratur dan lebih strategic untuk volunteer-volunteer ini melakukan tugasan mereka,

#VolunteerMVM sangat bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenaan bagi kelancaran majlis berjalan dengan lancar.

Sepanjang aktiviti pembungkusan kotak berlangsung, semua memberikan kerjasama yang sangat mantap dan padu demi perjalanan program untuk keluarga asnaf ini berjalan dengan jayanya.

Tema Kali Ini Membawa Kesedaran Kepada Keluarga Yang Hadir Terhadap Isu Kesihatan Mereka

Tema kali ini sangat menarik kerana ianya berkonsepkan kesihatan dan ramai keluarga yang tidak tahu betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga yang tersayang.

Ramai keluarga ini yang ingin tahu tahap kesihatan mereka bagaimana adakah di tahap yang dibimbangi. Atas disebabkan itu, MRA ini mengadakan sesi pemeriksaan kesihatan bagi mana-mana keluarga ini yang ingin pastikan mereka dalam keadaan normal.

Sambutannya agak memberangsangkan. Ramai yang beratur panjang untuk mengenalpasti tahap kesihatan mereka. MVM juga telah membuka kaunter Bantuan Salam kepada keluarga asnaf ini jika mereka inginkan bantuan dari segi perubatan.

Alhamdulillah, aktiviti selesai mengikut perancangan. Program Pure Heart 4.6, “Health For Life” ini telah berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama #VolunteerMVM dan keluarga asnaf.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas, Volunteer-volunteer daripada MR, Service Source International Sdn Bhd dan Volunteer MVM yang boleh dikatakan tersangat dan cukup awesome!

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.