Pure Heart 8.0 Dimeriahkan Bersama Lembaga Zakat Selangor.

Pure Heart 8.0 Dimeriahkan Bersama Lembaga Zakat Selangor.

Tarikh : 29 & 30 September 2017
Tempat : Sk Puchong Utama 1, Puchong, Selangor.
Slot Bantuan :Lembaga Zakat Selangor
Penaja Kotak & T-shirt : Trusted & Progressive Market, Sifu Print & Muksinar Properties
Dengan Kerjasama: SK Puchong Utama 1

Alhamdulillah pada 29 & 30 September 2017 yang lepas, MVM telah menganjurkan program bantuan asnaf Pure Heart kali ke-9 bagi tahun 2017. Syukur seramai hampir 200 keluarga asnaf telah mendapat bantuan barangan asas dapur dan kelengkapan setiap bulan.

Terima kasih kepada Rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan dan sumbangan ikhlas.

Istimewa pada kali ini, MVM telah bekerjasama dengan pihak Lembaga Zakat Selangor.  Pada slot pertama, wakil daripada Lembaga Zakat Selangor telah memberi penerangan tentang bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak zakat dan bagaimana cara untuk memohon. Ia amat membantu keluarga asnaf ini untuk lebih memahami sistem zakat ini.

Pihak Zakat Selangor juga membuka peluang kepada keluarga asnaf ini untuk menyemak status permohonan zakat dan juga memohon zakat pada hari tersebut.

Selepas itu, program diteruskan dengan pengagihan kotak bantuan barangan asas dapur kepada keluarga asnaf yang hadir. Melihat wajah bahagia mereka menjadi satu kepuasan hati kami dan memberi kami semangat untuk terus melaksanakan program Pure Heart setiap tahun.

In sha Allah, program bantuan asnaf Pure Heart bulan Oktober 2017 akan diadakan pada 27-28 Oktober 2017 ini. Nantikan pengumuman pendaftaran sukarelawan di media sosial MVM.

Terima kasih juga kepada penaja-penaja rasmi Pure Heart 2017 dan semua #VolunteerMVM yang sentiasa menyokong program ini.

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program Pure Heart 8.0 2017” :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.