Pure Heart Terakhir 2018 Meriah 

Pure Heart Akhir 2018 Meriah

Syukur kepada Allah swt, pada 30 November dan 1 Disember  yang lalu,  MVM telah menganjurkan program Bantuan Asnaf Pure Heart MVM yang terakhir bagi sesi 2018 di SK Puchong Perdana. Seramai 220 keluarga asnaf bersama anak-anak mereka diraikan dalam program kali ini. Pure Heart kali ini juga telah dijayakan oleh 60 orang #VolunteerMVM yang sangat komited memastikan program berjalan dengan lancar.

Selain daripada #VolunteerMVM , Pure Heart 3.10 telah dibantu oleh pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dari hari Jumaat petang lagi bagi membantu kerja-kerja pembaikan-pulih makmal komputer sekolah.

Dalam Pure Heart 3.10, MVM telah mengadakan akiviti bergotong- royong dan menceriakan kawasan sekolah khususnya bahagian makmal komputer. Selain itu, Pure Heart Penutup kali ini sangat istimewa kerana MVM telah berjaya mencari tajaan untuk menaja 10 buah komputer baharu untuk digunakan oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana.

 30 November 2018 

#VolunteerMVM telah berkumpul di SK Puchong Perdana untuk melakukan kerja-kerja persediaan program. Sesi persediaan bermula dengan taklimat ringkas oleh Saudari Aqilah selaku Ketua Program dan sesi perkenalan bersama #VolunteerMVM.

Selepas itu, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Beras BARIM 5kg
  • Gula Pasir Kasar Prai 1kg
  • Tepung Gandum Cap Sauh 1kg
  • Bihun
  • Garam Halus 300g
  • Kicap Manis Jalen 325ml
  • Sos Cili Life 500g
  • Sunquick 330ml
  • Santan Kara 200ml
  • Serbuk Kunyit Adabi 250g
  • Sabun Pencuci Pinggan
  • Sabun Buku
  • Shampoo 700ml
  • Biskut Hup Seng 428g
  • Wafer Stick

Selepas proses pembungkusan, #VolunteerMVM juga bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenana. Sesi persediaan berakhir kira-kira pada jam 12 tengah malam.

1 Disember 2018

Tepat jam 8.00 pagi, keluarga-keluarga penerima bantuan telah memenuhi perkarangan sekolah untuk pendaftaran dan bersarapan pagi.

Kami di MVM dan pihak sekolah amat teruja melihat ibu bapa yang datang sangat ramai walaupun pada ketika itu telah bermula cuti sekolah tahunan.  Program pada awal pagi, dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada guru besar Nor Azian Ashar mengenai objektif dan matlamat program Pure Heart dijalankan. Seterusnya, majlis dimulakan dengan ucapan penutupan daripada Guru Besar SKPP dan Presiden MVM.

Tepat jam 9.30 pagi, kemuncak program bermula dengan Perasmian Makmal Komputer SKPP oleh Presiden MVM yang diiringi oleh guru besar sekolah berkenaan. Seterusnya, program diteruskan dengan perkongsian oleh Pak Cik Rosli yang merupakan salah seorang asnaf MVM yang dibantu dan telah mencapai pencapaian terbaik sepanjang proses  memajukan diri dan keluarganya.

Alhamdulillah, aktiviti selesai mengikut perancangan. Jam 11.30 pagi, ibu bapa sudah mula beratur di hadapan bilik SPBT bagi pengambilan kotak Pure Heart yang berisi barangan asas dapur.

Terima kasih kepada penaja utama bagi program kali ini:

? Penaja Utama Pembinaan BLT Sdn.Bhd – Penajaan Transformasi dan dekorasi makmal computer yang bernilai RM 10,000.00

?Cosmoderm : Penajaan Hadiah Bertuah- Set Kosmetik dan Pek Kebersihan

? Scoopyo Ice Cream – Penajaan Aiskrim untuk jamuan Majlis Penutupan

Program Pure Heart 3.8 ini telah berakhir dengan penyampaian sijil kepada #VolunteerMVM dan wakil SK Puchong Perdana.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas, para penaja program Pure Heart  3.10 dan juga Volunteer MVM yang cukup bersemangat dan komited.

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.