PureHeart 1.0 – February

PENGENALAN PUREHEART

Projek Pureheart dibawakan khas oleh MVM untuk meringankan beban warga Malaysia yang terpilih iaitu keluarga yang miskin dan asnaf berpendapatan dibawah RM1000 untuk meneruskan kehidupan harian.

MVM percaya tiada sesorang insan yang patut berlapar dan berduka. Membina ikatan kemesraan berpanjangan antara satu sama lain.

Bantuan asas termasuklah beras, minyak masak, bihun, gula, garam, tepung, biskut kering dan lain-lain.

InsyaAllah, bantuan tidak akan hanya tertumpu kepada memberi bantuan asas sahaja.

Projek ini akan melalui beberapa fasa untuk membantu keluarga tersebut dengan memberi pengisian rohani dan motivasi.

PUREHEART 1.0

Alhamdulillah Pureheart 1.0 Fasa 1 telah dengan lancar dan berjayanya.

Seramai 30 orang volunteer dan team MVM telah turun untuk mengagihkan barang-barang keperluan kepada keluarga yang asnaf dan miskin.

Maklumat mengenai program tersebut adalah seperti berikut :

Tempat : Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam
Tarikh : 27 Februari 2016
Masa : 08.30 AM – 12.00 PM

Program dimulakan dengan pendaftaran keluarga yang berkelayakan untuk menerima barang-barang keperluan.

Pendaftaran Keluarga
Pendaftaran Keluarga

Setelah tamat pendaftaran keluarga, Program diteruskan dengan ucapan daripada guru besar sekolah tersebut, Puan Latifah Mohd Amin dengan memberi kata-kata semangat dan harapan kepada keluarga-keluarga tersebut bagi meneruskan kehidupan seharian.

IMG_5181
Ucapan daripada Guru Besar SKPJ,Puan Latifah Mohd Amin.
Penghargaan daripada SKPJ kepada Muhammad bin Jantan, Presiden MVM
Penghargaan daripada SKPJ kepada Muhammad bin Jantan, Presiden MVM

Setelah selesai majlis diteruskan dengan ucapan oleh Naib Presiden MVM iaitu saudara Mohd Fauzan bin Abdul Shukor dan Presiden MVM, Muhammad Bin Jantan dan seterusnya merasmikan program “Pureheart”.

Usai majlis ucaptama, program diteruskan dengan pengagihan barang-barang keperluan kepada keluarga asnaf dan miskin yang diagihkan sendiri oleh para volunteer MVM yang bekerjasam dalam menjayakan program tersebut.

Alhamdulillah, setiap keluarga yang berdaftar menerima barang-barang keperluan tersebut.

Sukarelawan MVM mengagihkan Kotak bantuan asas kepada keluarga yang memerlukan
Sukarelawan MVM mengagihkan Kotak bantuan asas kepada keluarga yang memerlukan

Sepanjang proses pengagihan, MVM membuka kaunter soal selidik bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai keluarga yang terlibat.

IMG_5350
Kaunter Soal Selidik

InsyaAllah, ini bagi memudahkan proses untuk kami memberi bantuan yang selanjutnya.
==================================================

Klik link di bawah untuk melihat koleksi gambar dan video sepanjang program Pureheart yang lepas :

Gambar : bit.ly/PicPureheart1
Video : bit.ly/VidPureheart1

InsyaAllah, Program “PureHeart” akan disambungkan lagi,  kali ini kami akan memberikan sedikit pengisian rohani dan motivasi kepada keluarga tersebut selain memberi bantuan keperluan asas.

 

 

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.