Keluarga Asnaf Pure Heart 4.3 Gembira Menuntut Ilmu Pengurusan Kewangan

Keluarga Asnaf Pure Heart 4.3 Gembira Menuntut Ilmu Pengurusan Kewangan

 

Syukur kepada Allah swt, pada Sabtu yang lepas iaitu 20 April 2019 yang lalu, MVM telah menganjurkan program Bantuan Asnaf Pure Heart 4.3 Bengkel Pengurusan Kewangan “Duit? Let’s do it!” di SK Puchong Indah. Seramai 103 keluarga asnaf diraikan dalam program kali ini. Pure Heart bulan ini juga telah dijayakan oleh 60 orang #VolunteerMVM termasuk pelajar-pelajar USIM yang sangat komited memastikan program berjalan dengan lancar.

Istimewa kali ini, keluarga asnaf Pure Heart ini bukan sahaja menerima bantuan kotak makanan malah program Pure Heart kali ini telah mengadakan Bengkel Pengurusan Kewangan kepada kelarga-keluarga asnaf ini.

Persediaan Program Yang Lebih Rapi

Persediaan program Pure Heart 4.3 telah dilakukan pada petang jumaat oleh staf-staf MVM terlebih dahulu bagi persediaan barangan asas untuk dibungkus pada keesokan harinya. Staf-staf MVM juga telah diberi taklimat yang ringkas dan padat oleh unit program bagi kelancaran program berjalan dengan baik.

Keesokan harinya pada awal pagi, #VolunteerMVM telah berkumpul di SK Puchong Indah untuk melakukan kerja-kerja persediaan program seawal jam 7 pagi. Mereka telah diberi sedikit aktiviti iaitu Icebreaking agar mereka dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat.

Seterusnya, sesi persediaan bermula dengan taklimat ringkas oleh Saudari Seri selaku Ketua Program dan sesi perkenalan bersama #VolunteerMVM. Selepas itu, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Beras
  • Tepung gandum
  • Garam halus
  • Gula pasir
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Sup Bunjut
  • Shampoo Sunsilk
  • Sabun Mandi Lifebuoy
  • Colgate
  • Minyak Masak

Pada jam 9.00 pagi selepas proses pembungkusan, keluarga-keluarga penerima bantuan telah memenuhi perkarangan sekolah untuk pendaftaran dan bersarapan pagi.

#VolunteerMVM juga bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenaan bagi kelancaran majlis berjalan dengan lancar.

Penyampaian slot Bengkel yang begitu hangat disampaikan oleh panel

Tepat jam 10.00 pagi, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada emcee iaitu Adnin dan matlamat program Pure Heart dijalankan. Sesi seterusnya pula diserahkan oleh selaku penceramah bengkel iaitu Puan Suzana Binti Haji Ali yang hebat bagi menyampaikan dan berkongsi info-info bermanfaat berkaitan pengurusan kewangan ini kepada semua yang hadir pada hari tersebut.

Bengkel yang telah disampaikan oleh Puan Suzana Binti Haji Ali sangat memberikan kesan yang sangat mendalam kepada semua penonton yang mendengar. Perkongsian berkaitan pengurusan duit keluar masuk setiap hari dan tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak sangat membantu dan menyedarkan mereka betapa pentingnya pengurusan yang baik untuk keluarga mereka. Banyak persoalan yang telah dibincangkan sepanjang bengkel dijalankan.

Selain itu, cabutan bertuah juga diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara #VolunteerMVM dan juga keluarga-keluarga asnaf ini.

Kemudian, jam 12.00 tengah hari, ibu bapa sudah mula beratur di perkarangan dewan terbuka sekolah tersebut bagi pengagihan kotak Pure Heart yang berisi barangan asas dapur.

Alhamdulillah, aktiviti selesai mengikut perancangan. Program Pure Heart 4.3, Bengkel Pengurusan Kewangan: Duit? Let’s do it! ini telah berakhir dengan penyampaian sijil kepada #VolunteerMVM dan wakil SK Puchong Indah.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas, para penaja Program Pure Heart 4.3, Bengkel Pengurusan Kewangan: Duit? Let’s do it! dan juga Volunteer MVM yang cukup bersemangat dan komited.

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.