SMTG 7.0 Zoo Negara : 80 Sukarelawan Timba Pengalaman Baru Sebagai Penjaga Zoo

SMTG 7.0 Zoo Negara : 80 Sukarelawan Timba Pengalaman Baru Sebagai Penjaga Zoo

Program : SMTG 7.0 Zoo Negara
Tarikh : 11 November 2017
Tempat : Zoo Negara
Penaja T-shirt : Sifu Print

Alhamdulillah, satu lagi aktiviti yang dianjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia SMTG 7.0 Zoo Negara telah berjaya dilaksanakan pada 11 November 2017 lepas. Seramai 80 orang sukarelawan mengambil penyertaan untuk merasa sendiri pengalaman menguruskan haiwan-haiwan di Zoo Negara.

Program ini adalah bertujuan untuk bertujuan untuk melatih dan mendidik sukarelawan mengenai konsep kesukarelawanan melalui aktiviti kemasyarakatan.

Selain itu, program ini juga bagi meraikan wira tidak didendang di Zoo Negara iaitu penjaga zoo selain menyebarkan pengetahuan mengenai tingkah laku haiwan, cara pengendalian haiwan dengan betul dan di samping dapat belajar untuk menghargai kepentingan memelihara kehidupan liar yang kian terancam.

Pada hari tersebut, para sukarelawan telah berkumpul di Pintu 3 Zoo Negara seawal jam 7.00 pagi. Taklimat ringkas telah diberikan oleh wakil MVM serta sesi suai kenal bersama para peserta diadakan. Kami juga amat bertuah kerana telah mendapat tajaan T-shirt program oleh Sifu Print.

Dalam program ini, sukerelawan telah dibahagikan kepada 9 kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk menjalankan aktiviti pembersihan di kandang haiwan berbeza yang telah ditetapkan oleh pihak Zoo Negara. Antara kawasan tersebut adalah Reptilia, Ikan, Badak, Penguin, Harimau, Landak, Lembu, Burung, dan Pengurusan.

Seterusnya, para sukarelawan bergerak ke kawasan masing-masing pada jam 8.30 pagi dan berehat pada jam 10.30 pagi. Tepat jam 12.30 tengahari, aktiviti pembersihan tamat. Selepas itu, semua sukarelawan telah berkumpul di Giant Panda Conservation Centre untuk sesi fotografi dan penutup.

Terima kasih kepada penaja dan para sukarelawan yang secara langsung dan tidak langsung terbabit dalam menjayakan SMTG Zoo Negara 7.0 kali ini.

Mari kita lihat gambar kenangan sepanjang program di sini :

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.