Anda suka menulis? Hantarkan penulisan anda kepada kami!

Oleh Nur Liyana : 8 August 2018

Anda suka menulis? Hantarkan penulisan anda kepada kami!

Kami kini melancarkan sebuah projek terbaru  #VolunteerMVM yang mana kami sedang mencari bakat-bakat baru penulis. Jika anda minat menulis dan mempunyai bakat dalam bidang penulisan ayuh rebut peluang keemasan ini supaya penulisan anda dibaca oleh lebih 136K followers MVM.

Penulisan anda juga akan diterbitkan di laman web Muslim Volunteer Malaysia dan media sosial MVM. In sha Allah,  kami juga akan memilih pemenang untuk penulisan yang paling AWESOME dan berpeluang untuk memenangi HADIAH HEBAT setiap bulan.

Topik bulan ini (Ogos): AKU SEORANG SUKARELAWAN

Anda boleh kongsikan pengalaman yang paling tidak dapat anda lupakan sebagai sukarelawan sepanjang sertai program MVM atau mana-mana program lain.

Tarikh tutup penghantaran artikel adalah pada setiap 30 haribulan. Ayuh mula menulis sekarang!

SYARAT ARTIKEL :

•Artikel anda mestilah asli dan bukan plagiat.
•Artikel tersebut juga perlu merangkumi sekurang-kurangnya 300 patah perkataan dan tidak melebihi 1000 perkataan.
•Format tulisan Times News Roman, size 12.
•Anda dibenarkan meninggalkan pesanan ringkas seperti mempromosikn artikel lain dari blog, tumblr, pautan ke Facebook page dan sebagainya yang merupakan milik anda.
•Artikel anda juga perlulah memberi nilai tambah, inspirasi dan bermotivasi kepada para pembaca.

BAGAIMANA NAK HANTAR ARTIKEL?

Anda boleh menghantar artikel anda di sini :  artikel.mvm@gmail.com

Apa tunggu lagi? Cepat hantarkan artikel anda kepada kami. Semoga berjaya!