Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

Bantuan Kecemasan : Misi Anak Muda Peduli Rohingya


Sumbang Sekarang »

Bantuan Kecemasan : Misi Anak Muda Peduli Rohingya

Berikutan tragedi pembunuhan beramai-ramai terhadap masyarakat Rohingya di Myanmar pada masa ini, kami dari Muslim Volunteer Malaysia (MVM) mengkritik sekeras-kerasnya tindakkan kerajaan Myanmar yang membiarkan pihak tentera terus membunuh dan menzalimi masyarakat Rohingya dengan kejam tanpa mengambil sebarang tindakan. Tindakan yang seumpama ini adalah satu kekejaman yang tidak boleh dipandang enteng dan didiamkan sahaja oleh setiap individu yang bernama manusia.

Bacaan Kenyataan Media Rasmi MVM disini : https://mvm.org.my/kenyataan-media-misi-kemanusiaan-rohingya/13085

Atas keprihatinan ke atas isu global ini, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) kali ini berkolaborasi dengan badan NGO, Tangisan Syria Di Bumi Jordan (TSDBJ) bagi menghantar bantuan kepada saudara Islam Rohingya di kem pelarian yang berpusat di Bangladesh pada 9hb – 19hb November 2017. Antara Kem Pelarian yang akan menerima bantuan ini adalah seperti berikut :

  • Balukhali MS
  • Mainnerghona

Selain 2 kem pelarian seperti yang dinyatakan di atas, kami juga akan berusaha untuk memasuki kem-kem pelarian di kawasan pedalaman Bangladesh.

Maklumat Bantuan :

In sha Allah, untuk Misi Anak Muda Peduli Rohingya ini, sasaran kami untuk mengumpul dana sebanyak RM150,000. Dana ini akan dibahagikan kepada 5 bantuan utama yang akan diberikan kepada saudara Islam Rohingya di kem pelarian tersebut. Antara bantuannya adalah seperti berikut :

Bantuan Makanan Asas

Antara makanan asas yang akan diberikan adalah makanan bertin dan makanan kering.

  • Sasaran = 1,500 keluarga
  • 1 keluarga = RM30
  • Jumlah keseluruhan = RM45,000

Bantuan Khemah

Di kem pelarian Rohingya terdapat lebih kurang 600,000 pelarian di mana mereka terpaksa tinggal dalam keadaan penuh sesak. Oleh itu, kami berusaha untuk membantu menyediakan 1 khemah untuk 1 keluarga.

  • Sasaran = 100 Khemah
  • 1 Khemah = RM500
  • Jumlah keseluruhan = RM50,000

Bantuan Kebersihan

Bantuan kebersihan terdiri daripada alatan kelengkapan diri seperti tuala wanita, kain pelikat, dan sabun mandi.

  • Sasaran = 1000 keluarga
  • 1 keluarga = RM35
  • Jumlah keseluruhan = RM35,000

Bantuan Pendidikan & Keceriaan.

Anak-anak pelarian Rohingya amat ketinggalan dalam pendidikan. Ada antara mereka yang langsung tidak tahu membaca dan menulis. Selain itu, mereka juga amat terhad dalam kegiatan riadah di mana ia dapat membantutkan perkembagan kanak-kanak ini. Atas keprihatinan ini, kami turut berusaha untuk menyediakan bantuan pendidikan dan kecerian seperti alatan tulis, buku warna, bola sepak takraw, dan “teddy bear” untuk anak kecil.

  • Sasaran = 500 keluarga
  • 1 keluarga = RM20
  • Jumlah keseluruhan = RM10,000

Bantuan Umum

Keadaan kawasan kem pelarian Rohingya amat gelap pada waktu malam. Di sana juga terdapat beberapa buah madrasah untuk mereka bersolat jemaah. Namun begitu, keadaan gelap pada waktu malam menyukarkan mereka untuk berjalan ke kawasan sekitar dan madrasah. In sha Allah, kami berusaha untuk berikan bantuan lampu suluh dan bateri untuk setiap keluarga.

  • Sasaran = 1000 Keluarga
  • 1 keluarga = RM50
  • Jumlah keseluruhan = RM50,000

Maklumat Sumbangan :

Atas keprihatinan atas isu kekejaman ke atas etnik Rohingya ini, kami merayu kepada rakyat Malaysia untuk turut sama membantu dan menghulur sumbangan ikhlas bagi 5 bantuan utama ini buat saudara Islam Rohingya di kem pelarian Bangladesh ini. Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)
  • Email : account@mvm.org.my
  • Tarikh tutup sumbangan : 5 November 2017 

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, anda boleh membuat tajaan/sumbangan di link berikut :

Penting !

Selepas sumbangan dibuat, mohon email resit sumbangan ke account@mvm.org.my dengan format subjek berikut :

  • Contoh subjek email : PEDULI ROHINGYA

Setiap sumbangan yang tidak dinyatakan TUJUAN/PROGRAM spesifik akan disalurkan ke Tabung Awam Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434 / Yazid 013-588 2796
Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” kempen ini. Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini. Kami doakan agar setiap sen yang dihulurkan diberkati oleh Allah swt. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.

 

Anda boleh membuat tajaan melalui :

Akaun : Maybank
No.Akaun : 5648-0164-7699

Akaun : CIMB Islamik
No. Akaun : 8602 5378 07

Akaun : Bank Islam
No. Akaun : 1230 0010 0030 65

Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Email : account@mvm.org.my

Ataupun anda boleh klik butang Sumbang Sekarang dibawah untuk pembayaran terus atas talian.

Sumbang Sekarang »

MVM di Facebook

MVM di Twitter


Tinggalkan Komen Anda

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian