Daftar Volunteer MVM »

Bantuan Tajaan Keluarga Asnaf 2017


Sumbang Sekarang »

Bantuan Tajaan Keluarga Asnaf 2017

Tahun 2017 ini Muslim Volunteer Malaysia meneruskan program tahunan kami iaitu Bantuan Tajaan Keluarga Asnaf, Pure Heart MVM 2017.

Pure Heart adalah sebuah program tahunan yang dibawakan khas oleh MVM untuk memberi sedikit keselesaan dan kelegaan kepada warga Malaysia yang terpilih agar dapat meneruskan kehidupan harian dalam bentuk barangan bantuan asas dan bantuan perniagaan kepada yang terpilih. Bantuan asas ini akan diberikan keutamaan kepada keluarga yang berpendapatan rendah iaitu RM1,500 ke bawah. Bantuan perniagaan pula diberikan kepada keluarga asnaf yang terpilih sepanjang program.

Pada tahun 2016 yang lepas, kami telah memilih keluarga Puan Norhidah iaitu penerima bantuan Pure Heart di SK Padang Jawa untuk dibantu dalam perniagaan mereka. Boleh baca kisah lanjut & laporan program keluarga penerima bantuan di: Air Mata Ibu Tunggal – Puan Norhidah

Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan ikatan kemesraan berpanjangan antara satu sama lain diantara penerima dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan dengan harapan kebajikan keluarga akan dijaga berterusan.

Berbeza pada tahun 2017 ini, MVM telah menambah 2 lagi inisiatif bantuan khas kepada anak-anak keluarga asnaf iaitu tajaan kelas tambahan dan juga bantuan keperluan asas persekolahan seperti bag sekolah, botol minuman, dan alat tulis. Pada tahun ini, MVM telah bekerjasama dengan SK Puchong Utama untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga asnaf dimana anak mereka belajar di sekolah ini.

Lebih istimewa lagi pada tahun 2017 ini, MVM juga telah merancang untuk mengadakan bantuan mengerjakan ibadah umrah. Bantuan umrah ini akan diberikan kepada satu pasangan keluarga asnaf yang terpilih. In sha Allah, semoga ia dipermudahkan Illahi.

JADUAL PROGRAM BANTUAN ASNAF “PURE HEART 2017”

  • Bantuan bulan pertama Pure Heart 24.2.2017
  • Bantuan bulan ke-2 Pure Heart 24.3.2017
  • Bantuan bulan ke-3 Pure Heart 22.4.2017
  • Bantuan bulan ke-4 Pure Heart 19.5.2017
  • Bantuan bulan ke-5 Pure Heart 16.6.2017
  • Bantuan bulan ke-6 Pure Heart 21.7.2017
  • Bantuan bulan ke-7 Pure Heart 25.8.2017
  • Bantuan bulan ke-8 Pure Heart 22.9.2017
  • Bantuan bulan ke-9 Pure Heart 27.10.2017
  • Bantuan bulan ke-10 Pure Heart 24.11.2017

Maklumat Tajaan :

➳ Tajaan RM80 = 1 keluarga.
➳ Sasaran = 200 keluarga

Sumbangan di atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:

➳ Maybank (56480 164 7699)
➳ CIMB (8602 5378 07)
➳ Bank Islam (1230 0010 0030 65)
➳ Email : pureheartmvm@gmail.com

Untuk anda yang memerlukan resit selepas tajaan, boleh membuat sumbangan disini –> www.billplz.com/pureheart

Harapan kami di MVM, dengan adanya bantuan-bantuan ini, ia dapat mengukirkan senyuman bahagia dan membantu mengubah hidup sesebuah keluarga asnaf untuk lebih bersemangat menempuhi cabaran dalam kehidupan mereka.

Kami di MVM juga, berharap agar anda yang tengah membaca ini sudi untuk membantu menaja/sumbangan  kepada penerima bantuan ini. Dengan sumbangan ini, ia mampu memberi sinar harapan dan semangat untuk keluarga asnaf ini untuk meneruskan kehidupan dalam situasi ekonomi yang mencabar hari ini.

Anda boleh membuat tajaan melalui :

Maybank
No Akaun: 5648-0164-7699

CIMB
No Akaun: 8602 5378 07

Bank Islam
No Akaun: 1230 0010 0030 65

Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Email : pureheartmvm@gmail.com

Ataupun anda boleh klik butang Sumbang Sekarang dibawah untuk pembayaran terus atas talian.

Sumbang Sekarang »

MVM di Facebook

MVM di Twitter


Tinggalkan Komen Anda

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian