Di Sebalik Pintu 4.0 Fasa 2 – Tajaan Bahan Mentah Perniagaan (DITUTUP)

Oleh Azam Abdullah : 29 August 2017
Sumbang Sekarang Secara Online »

Di Sebalik Pintu 4.0 Fasa 2 – Tajaan Bahan Mentah Perniagaan

Program Di Sebalik Pintu (DSP) ini adalah sebuah program kebajikan anjuran Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang bertujuan untuk mengembalikan semula keceriaan keluarga di samping meringankan beban kepada keluarga susah yang dibantu.

–DSP merupakan sebuah program transformasi khas untuk membantu keluarga asnaf yang mempunyai potensi untuk membawa perubahan pada kehidupan keluarga khususnya melalui perniagaan secara berfasa dengan memfokuskan sebuah keluarga asnaf setiap tahun.

Seperti yang sudah diketahui umum, kini Puan Noor Huda menjalankan perniagaan makanan ringan seperti Maggi Goreng, Air Minuman, Jajan berhampiran Sek Keb Puchong Utama 1. Secara purata hasil jualan beliau hanyalah RM100 – RM200 sehari. Kisah penuh Puan Noor Huda boleh dibaca di pautan ini : DI SEBALIK PINTU 4.0 – BAHAGIAMU, DERITAKU (KISAH BENAR PUAN NOOR HUDA)

Atas keperihatinan ini, kami di MVM ingin membantu beliau mengembangkan lagi perniagaan beliau.

Oleh itu, MVM membuka peluang kepada individu atau mana-mana syarikat/organisasi untuk sama-sama sertai dan menjayakan program Di Sebalik Pintu 4.0 Fasa 2 – Tajaan Bahan Mentah Perniagaan. Anda boleh sertai kami sebagai #VolunteerMVM atau juga memberi sumbangan ikhlas bagi kempen tajaan ini.

Maklumat Tajaan :

  • Sasaran = 30 tajaan
  • 1 Tajaan = RM 30
  • Jumlah sasaran = RM 900

Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)
  • Email : mvm.dsp@gmail.com

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, anda boleh membuat tajaan/sumbangan di link berikut : https://www.billplz.com/dspmvm

Maklumat lanjut:

 Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
 *Penting : Selepas sumbangan dibuat, mohon whatsApp ke Yazid 013-588 2796
Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” artikel ini.

Semoga ramai yang dapat membantu keluarga ini bersama. Kami di MVM amat memerlukan kerjasama daripada anda semua untuk bersama-sama menjayakan kempen tajaan untuk keluarga ini dan sama-sama kita menceriakan kembali kehidupan Puan Noor Huda sekeluarga.

Semoga ia menjadi saham di akhirat kita nanti.


Sumbang Sekarang Secara Online »

Anda boleh membuat tajaan melalui :

Akaun : Maybank
No.Akaun : 5648-0164-7699

Akaun : CIMB Islamik
No. Akaun : 8602 5378 07

Akaun : Bank Islam
No. Akaun : 1230 0010 0030 65

Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Email : mvm.dsp@gmail.com