Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

Di Sebalik Pintu 5.0 – Tajaan Dekorasi Kediaman


Sumbang Sekarang »

Di Sebalik Pintu 5.0 – Tajaan Dekorasi Kediaman

Program Di Sebalik Pintu (DSP) ini adalah sebuah program kebajikan anjuran Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang bertujuan untuk mengembalikan semula keceriaan keluarga di samping meringankan beban kepada keluarga susah yang dibantu.

–DSP merupakan sebuah program transformasi khas untuk membantu keluarga asnaf yang mempunyai potensi untuk membawa perubahan pada kehidupan keluarga khususnya melalui perniagaan secara berfasa dengan memfokuskan sebuah keluarga asnaf setiap tahun.

Fasa 1

  • Bantuan Barangan Asas
  • Bantuan Dekorasi Kediaman

Fasa 2 

  • Latihan Perniagaan
  • Latihan Pengurusan Ekonomi

Fasa 3

  • Bantuan Dana Perniagaan
  • Pemantauan Ekonomi

Pada tahun 2018 ini, kami meneruskan lagi program DSP buat kali ke-5 bersama keluarga Pak Cik Rosli.

Antara sebab utama kami ingin membantu menambahbaik kediaman Pak Cik Rosli ini adalah kerana keprihatinan kami terhadap anak lelaki Pak Cik Rosli yang kini menghidap sakit buah pinggang kronik dan beliau memerlukan persekitaran yang bersih.

Di rumah Pak Cik Rosli ini, terdapat satu bilik khas untuk anak lelakinya itu dan pegawai kesihatan dari hospital yang merawat anaknya itu tidak membenarkan ia dimasuki oleh orang ramai dan keadaan bilik tersebut perlulah sentiasa bersih. Ia dikhuatiri akan memberi kesan pada ubat dan kesihatan anak lelaki Pak Cik Rosli.

Selain itu, kami melihat banyak barangan rumah yang sudah lama dan tidak sesuai lagi digunakan oleh mereka kerana ia mungkin membahayakan dan memberi kesan buruk pada kesihatan ahli keluarga Pak Cik Rosli sendiri.

Di laman belakang rumah Pak Cik Rosli pula digunakan untuk beliau mengait jala ikan dan juga membuat kerja-kerjanya. Terdapat juga barangan rosak dan lama yang masih digunakan lagi.

HARAPAN kami, dengan adanya bantuan untuk menambahbaik dan dekorasi kediaman Pak Cik Rosli ini, ia mampu memberi semangat baru dan menjamin tahap kebersihan dan kesihatan yang lebih baik buat beliau sekeluarga.

MVM membuka peluang kepada individu atau mana-mana syarikat/organisasi untuk sama-sama sertai dan menjayakan program Di Sebalik Pintu 5.0. Anda boleh sertai kami sebagai #VolunteerMVM atau juga memberi sumbangan ikhlas bagi kempen tajaan Di Sebalik Pintu 5.0

Maklumat tajaan :

Tajaan Dekorasi Kediaman

  • Sasaran = RM9,300
  • 1 Tajaan = RM30
  • Jumlah tajaan = 310 tajaan yang diperlukan

Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)
  • Email : account@mvm.org.my

Semoga ramai yang dapat membantu keluarga ini bersama. Kami di MVM amat memerlukan kerjasama daripada anda semua untuk bersama-sama menjayakan kempen tajaan untuk keluarga ini dan sama-sama kita menceriakan kembali kehidupan Pak Cik Rosli sekeluarga.

Semoga ia menjadi saham di akhirat kita nanti.

Sumbangan di atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:

➳ Maybank (56480 164 7699)
➳ CIMB (8602 5378 07)
➳ Bank Islam (1230 0010 0030 65)
➳ Email : account@mvm.org.my

NOTIS PEMBERITAHUAN :

  • Setiap sumbangan perlulah disertakan resit / slip bank (sumbangan) ke account@mvm.org.my dan nyatakan jenis kempen yang disumbangkan. Ia bertujuan untuk rekod pengurusan.
  • Setiap sumbangan yang tidak dinyatakan TUJUAN/KEMPEN spesifik akan disalurkan ke Tabung Awam Muslim Volunteer Malaysia.

Ataupun anda boleh klik butang Sumbang Sekarang dibawah untuk pembayaran terus atas talian.

Sumbang Sekarang »

MVM di Facebook

MVM di Twitter


Tinggalkan Komen Anda

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian