F.A.Q & Info Terkini Pendaftaran Sukarelawan MVM (#VolunteerMVM) 

 

Anda boleh terus layari laman web rasmi MVM; www.mvm.org.my/sukarelawan

 

Tiada had umur yang dikenakan. Sesiapa sahaja boleh menyertai sebagai sukarelawan. 

 

Pihak MVM tidak menjanjikan sebarang faedah berupa fizikal kepada para volunteer selain sijil penyertaan program. Namun, latihan akan diberikan kepada volunteer yang berdaftar dengan MVM.

 

Bermula Januari 2017, pihak MVM akan mengenakan sedikit yuran bagi volunteer yang ingin menyertai aktiviti- aktiviti kesukarelawanan. Yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM50 untuk satu tahun, dan RM100 untuk seumur hidup.

Untuk makluman, manfaat yuran pendaftaran ini akan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :

  1. Sumbangan aktiviti.
  2. Akses Penuh Program MVM
  3. Cenderamata Eksklusif MVM
  4. Latihan Kesukarelawanan. (Pakej Seumur Hidup Sahaja)
  5. Kad Ahli #VolunteerMVM (Pakej Seumur Hidup Sahaja)

 

Untuk membayar secara online banking, anda boleh memilih pilihan BILLPLZ semasa mendaftar sebagai #VolunteerMVM di link ini www.mvm.org.my/sukarelawan

 

Anda boleh membuat bayaran secara deposit tunai di bank berdekatan dengan anda. Selepas melakukan bayaran, sila simpan bukti pembayaran tersebut. Klik link www.mvm.org.my/sukarelawan untuk mendaftar, kemudian pilih pilihan bayaran BANK TRANSFER, dan muat naik (upload) gambar bukti pembayaran tersebut. Anda juga boleh hantar gambar bukti pembayaran tersebut  melalui (Whats’app) ke nombor 013 8343 012.

 

  1. MAYBANK : 5648-0164-7699
  2. CIMB BANK : 8602 5378 07
  3. BANK ISLAM : 1230 0010 0030 65
  4. Atas nama “Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia”

 

Bagi ahli yang sudah membayar yuran keahlian, tiada bayaran pendaftaran lain akan dikenakan untuk menyertai program-program MVM sepanjang tempoh keahlian anda. Anda akan diberikan “akses” penuh untuk menyertai semua program dibawah MVM sepanjang tempoh keahlian anda. Namun begitu, jika terdapat program yang akan memerlukan bayaran, pihak MVM akan memaklumkan awal kepada semua #VolunteerMVM.

 

Peranan volunteer adalah meliputi pelbagai aktiviti dan khidmat sukarela seperti dalam bidang-bidang kebajikan, pemulihan, pembangunan, pendidikan, keselamatan, kesihatan, dan pemuliharaan alam sekeliling. Selain itu, sebagai volunteer, kita sebenarnya membawa semangat kepada para asnaf untuk mereka berubah ke arah yang lebih baik pada masa hadapan.

 

Tiada kelayakan khusus atau syarat yang diperlukan untuk menyertai MVM sebagai #VolunteerMVM. Penyertaan adalah terbuka kepada orang ramai dan tidak mengira faktor umur, bangsa, dan agama.

 

Pihak MVM tidak dapat mengeluarkan surat pengecualian kelas/kerja sekiranya anda perlu menyertai program MVM yang dijalankan pada hari bekerja. Harap maklum.

 

Pihak MVM tidak ada menyediakan pengangkutan ke tempat program melainkan program-program tertentu yang akan diberitahu awal kepada volunteer. Harap maklum.

 

Pihak MVM tidak menyediakan tempat tinggal sekiranya terdapat volunteer yang memerlukan bagi sesuatu program melainkan program-program tertentu yang akan diberitahu.

 

Pihak MVM tidak akan mengembalikan yuran keahlian jika terdapat volunteer yang menarik diri dari sesuatu program. Namun begitu, terdapat pelbagai program lain yang volunteer boleh sertai sepanjang tempoh keahlian anda.

 

Volunteer adalah dilarang sama sekali untuk menggunakan nama MVM bagi menjalankan sesuatu program/projek lain melainkan dengan persetujuan pihak MVM.

 

Volunteer dibenarkan menggunakan rakaman gambar/video atau poster milik MVM untuk kegunaan peribadi dan bukan bertujuan komersial.

 

Penglibatan volunteer untuk melibatkan diri sebagai AJK adalah bergantung kepada jenis serta gerak kerja sesebuah program/projek kelolaan mvm.

 

Jika terdapat sebarang pertanyaan/soalan mengenai pendaftaran #VolunteerMVM, anda boleh menghubungi wakil MVM -013 8343012, atau emelkan kepada volunteer@mvm.org.my .

 

Anda akan dijemput untuk menyertai semua program-program MVM yang dianjurkan setelah mendaftar dan membayar yuran keahlian. Walaupun begitu, segala penyertaan program adalah bukan paksaan dan bergantung kesesuaian masa lapang anda dengan waktu program tersebut diadakan.

 

Ya. Namun, hanya peserta awam yang terawal mendaftar sahaja akan terpilih. Kepada #VolunteerMVM yang rasmi, anda mempunyai akses penuh untuk join mana-mana program. Untuk pendaftaran #volunteerMVM, anda boleh terus layari laman web rasmi MVM; www.mvm.org.my dan klik ‘Daftar Volunteer MVM’ di sebelah kanan atas paparan utama web tersebut.

 

Ya. Anda boleh mendaftar sebagai volunteer MVM kerana tiada syarat khusus atau kelayakan yang diperlukan. Anda boleh terus layari laman web rasmi MVM; www.mvm.org.my dan klik ‘Daftar Volunteer MVM’ di sebelah kanan atas paparan utama web tersebut.

 

Ya. Anda boleh hantar kertas kerja / surat permohonan menjadi sukarelawan bagi program MVM ke emel salam@mvm.org.my atau volunteer@mvm.org.my. Kuantiti yang dibenarkan hanya 10 dan ke bawah sahaja untuk setiap program.

 

Ya. Anda boleh hantar kertas kerja dua minggu atau sebulan sebelum ke emel volunteer@mvm.org.my . Akan tetapi kami tidak menjanjikan kuantiti yang diperlukan cukup. Sebarang permohonan saat-saat terakhir amat kami elakkan.

 

Ya. Pihak MVM sangat berbesar hati untuk sesiapa sahaja menyertai MVM sebagai #VolunteerMVM. Kami akan sedaya upaya memberi kemudahan kepada anda sekiranya anda menyertai program kesukarelawanan MVM. 

 

Ya. Selepas berdaftar sebagai #VolunteerMVM, untuk setiap program yang anda sertai, anda akan diberikan sijil penyertaan bagi program tersebut.

 

Buat masa sekarang, program-program kesukarelawanan MVM hanya tertumpu di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sahaja. In shaa Allah jika ada rezeki, MVM akan melebarkan sayap kepada negeri-negeri lain juga.

 

Kami akan membuat hebahan di emel/ laman sosial sekiranya memerlukan sukarelawan ke misi luar negara.

 

Untuk makluman anda, kebanyakan program-program MVM diadakan pada hari hujung minggu iaitu pada Sabtu atau Ahad. Anda juga boleh melihat timeline program MVM di laman sesawang rasmi kami. 

 

Pihak MVM akan pos kepada anda menggunakan khidmat POS DAFTAR. Jika penghantaran buat kali pertama GAGAL, kami akan mengenakan caj untuk penghantaran kali ke dua. Selain itu, Anda juga boleh hadir ke pejabat urusan MVM untuk dapatkan parcel. 

 

Terima kasih atas pendaftaran anda sebagai #VolunteerMVM. Anda akan menerima emel berkenaan pengesahan pendaftaran anda sebagai #VolunteerMVM sebaik sahaja pihak MVM semak dan sahkan pendaftaran anda.

 

Untuk makluman saudara/saudari, pek tersebut akan dihantar mengikut batch kuota setelah penuh. Pihak kami memohon maaf atas kelewatan, namun saudara/saudari tidak perlu risau kerana in shaa Allah pek tersebut tetap akan dihantar ke alamat yang telah didaftarkan.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di:

Artikel ini dikemaskini pada 7 Jan 2020 , 5.15 pm 

2 Responses

Comments are closed.