Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

Ibadah Qurban Bangladesh dan Malaysia 2018


Kemaskini pada Jul 10, 2018 : Hebahan Media & Umum 211 Views

Ibadah Qurban Bangladesh dan Malaysia 2018

Setiap tahun kita melakukan ibadah qurban dan menyambut Hari Raya Aidiladha tapi apakah yang kita faham tentang qurban?

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak.
Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu (pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu)”. [Surah al-Kauthar: ayat 1-2]

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Alhamdulillah, tahun ini telah masuk tahun ke-3 MVM mengadakan program Ibadah Qurban ini, selepas di Vietnam (2016) dan Kemboja (2017).

Bagi tahun 2018 ini, kami mensasarkan 350 bahagian yang mana 140 bahagian di Malaysia dan 210 bahagian di Bangladesh.

Maklumat tajaan :

Sasaran : 350 bahagian
Malaysia : 140 bahagian
Bangladesh : 210 bahagian

Maklumat Lanjut :

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
Qurban Bangladesh : 012 2376854
Qurban Malaysia: 012-2356854
Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan SHARE post ini.Semoga ramai yang dapat me bantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini.
Kami doakan Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Amiin.

Tinggalkan Komen Anda

MVM di Facebook

MVM di Twitter

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian