Iftar MVM Bersama Anak-Anak Yatim

Oleh Muslim Volunteer Malaysia : 18 May 2016
Sumbang Sekarang Secara Online »

berbuka puasa bersama anak-anak yatim

Iftar MVM Bersama Anak-Anak Yatim

Muslim Volunteer Malaysia – MVM ingin menjemput anda ke program “IFTAR MVM BERSAMA ANAK-ANAK YATIM”

Iftar MVM Bersama Anak-Anak Yatim ini adalah bertujuan untuk meraikan kemeriahan Ramadhan bersama anak-anak yatim untuk memberi kegembiraan kepada mereka disamping dapat mendekatkan jurang antara anak yatim dan orang ramai.

Bukan itu sahaja, program ini dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk melakukan amal jariah di bulan Ramadhan.

Hasil jualan tiket iftar akan disalurkan terus kepada tabung program MVM, dimana dana tabung ini akan digunakan bagi melaksanakan program-program kebajikan di bawah kelolaan MVM sepanjang tahun selain dapat meluaskan jaringan jalinan bersama persatuan, kelab dan agensi-agensi lain.

  • Rebut peluang anda untuk membeli sambil menderma
  • Semarakkan Ramadhan kali ini  bersama kami dengan berbuka puasa dengan anak-anak yatim. Anda pasti tidak akan rugi.

MAKLUMAT PROGRAM:

  • Nama Program: Iftar MVM Bersama Anak-Anak Yatim
  • Tarikh: 10 JUN 2016 (JUMAAT)
  • Masa: 5.00 ptg – 8.30 mlm
  • Tempat: Restoran Ar- Rawsha
  • Alamat: Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
  • Konsep: Buffet Makanan Timur Tengah
  • Harga Tiket: RM120 untuk 1 seat

Sebanyak 150 seat dibuka dalam Iftar Bersama Anak Yatim.

Pembahagian seat dibahagikan kepada 2,

  • 80 seat untuk anak-anak yatim.
  • 70 seat untuk orang awam yang ingin hadir ke Iftar. Bagi anda yang tidak dapat hadir, tetapi ingin menempah seat, anda boleh taja seat tersebut untuk anak-anak yatim.

Muslim Volunteer Malaysia menjemput mana-mana individu, penaja mahupun Volunteer yang ingin bersama-sama MVM & Anak Yatim dalam majlis berbuka puasa pada.

TENTATIF PROGRAM

MASA PERKARA
5.15-6.00 ptg Ketibaan Para Jemputan
6.15 ptg Majlis Bermula
6.20 ptg Bacaan Doa
6.25 ptg Bacaan Al-Quran
6.35-6.45 ptg Ucapan
7.00 mlm Persembahan
7.26 mlm Iftar & Tayangan Video
 7.50 mlm Solat Maghrib
8.15 mlm Sesi Bergambar & Bersurai

DAPATKAN TIKET IFTAR ANDA SEKARANG!

Hubungi/whatsApp kami pada talian 013-355 6211 (En. Yazid)

Tiket berbuka puasa bersama anak-anak yatim hanya RM120 untuk 1 seat.

Anda juga boleh taja

PEMBAYARAN BELIAN TIKET IFTAR BERSAMA ANAK-ANAK YATIM, boleh dilakukan dengan kaedah berikut :

1) TUNAI (cash transfer)

Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)

Semoga Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan bagi membantu anak-anak yatim, ditambah pula dibulan Ramadhan yang mulia akan diganjari dengan sebaiknya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilkan di akhirat kelak. Amin

*Sila hantar email gambar slip transaksi anda ke “tabungramadhan.mvm@gmail.com” atau WhatsApp slip tersebut ke 013-355 6211 (En. Yazid)

#ramadhanbersamamvm

 


Sumbang Sekarang Secara Online »

Anda boleh membuat tajaan melalui :

 

Akaun : Maybank
No.Akaun : 5648-0164-7699

 

Akaun : CIMB Islamik
No. Akaun : 8602 5378 07

 

Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Email : tabungramadhan.mvm@gmail.com