Program Dana Infaq Muslim Volunteer Malaysia (MVM)

Oleh Aplikasi Niaga : 4 January 2016
Sumbang Sekarang Secara Online »

Program Dana Infaq Muslim Volunteer Malaysia (MVM)

Bantu kami untuk memperbaharui pejabat rasmi MVM, bagi memastikan segala program-program bantuan yang telah dirancang, dapat disampaikan dengan lebih tersusun secara dinamik kepada orang ramai.

Pengenalan

Alhamdulilah MVM telah menerima beberapa penaja yang sudi membantu membuka pejabat rasmi MVM yang baru. Pejabat rasmi ini bertujuaan untuk menggantikan pejabat yang sedia ada, yang telah dijadikan pejabat Project Quran.

Pihak Muslim Volunteer Malaysia juga berbesar hati jika anda ingin memberi sadaqah jariyyah pada sebarang nilai seikhlas yang anda inginkan, inshaaAllah.

Untuk makluman anda, selain menghulurkan bantuan kepada orang ramai, MVM juga telah menyediakan 3 buah Kelas Pendidikan Agama secara percuma.

Kelas-kelas ini disediakan secara percuma dan berterusan pada setiap hari Isnin bagi Kelas Hafazan, Selasa bagi Kelas Asas, dan Rabu bagi Kelas Tajwid.

Walau bagaimanapun, kelas ini hanya mampu menampung seramai 20 orang pelajar sahaja bagi setiap kelas.

Jika Program Dana Infaq MVM ini berjaya, pihak MVM akan menyediakan lebih banyak Kelas Pendidikan Agama secara percuma kepada orang ramai.

Apa yang lebih penting, pejabat baru ini akan mampu menampung sehingga 300 orang pelajar pada setiap masa.

InsyaAllah,

Semoga Allah SWT membalas berlipat kali ganda kebaikan dan sumbangan anda untuk kebajikan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. Moga usaha ini menjadi pemangkin dalam perubahan masa hadapan yang lebih baik.

Bagaimana Pejabat Baru Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Anda?

  1. Yang Pertama
    Program ini akan menjanjikan ruang yang lebih besar, bagi menampung bilangan yang lebih ramai.
  2. Yang Kedua
    Program ini akan menyediakan ruang yang lebih selesa, supaya pembelajaran anda lebih efektif.
  3. Yang Ketiga
    Program ini juga memberi peluang untuk pelaburan hari akhirat anda.

Dana Ini Akan Digunakan Untuk:

  1. Pembayaran Pendahuluan Sewa Pejabat.
  2. Pembayaran Pendahuluan Utiliti.
  3. Pengubahsuaian Ruang Pejabat.
  4. Perabot bagi kemudahkan pejabat dan kelas.

Untuk Sertai Program Ini

Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun:


Sumbang Sekarang Secara Online »

Bank: Maybank Malaysia
Akaun: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Nombor Akaun: 56480-164-7699
Email: salam@mvm.org.my

Bank: CIMB Malaysia