Infaq Pembinaan Kelas Latihan / Kemahiran & Surau MVM

Oleh Muslim Volunteer Malaysia : 21 December 2016
Sumbang Sekarang Secara Online »

Infaq Pembinaan Kelas Latihan / Kemahiran & Surau MVM

Syukur kepada Allah s.w.t, Muslim Volunteer Malaysia telah pun memasuki usia 2 tahun sebagai sebuah pertubuhan sukarelawan. Pelbagai aktiviti dan misi bantuan keluarga miskin dan asnaf serta mereka yang dalam kesusahan telah diusahakan sepanjang 2 tahun ini.

Dengan izin Allah, bagi tahun 2017 akan datang, pihak MVM telah merancang usaha-usaha yang lebih besar yang bukan sekadar membantu dari segi wang ringgit kepada mereka yang susah tetapi juga ingin memberi lebih banyak manfaat terutamanya dari segi pendidikan dan kemahiran generasi muda.

Dengan itu, pihak MVM telah merancang untuk membina satu kelas latihan / kemahiran bagi tujuan memberikan pendidikan serta ilmu kepada golongan yang memerlukan. Sebelum ini, kami perlu menyewa ruangan atau kelas ditempat lain di mana ia memakan kos yang agak tinggi.

Selain itu, MVM turut merancang untuk membina sebuah surau MVM untuk memberi keselesaan semasa solat kepada para sukarelawan atau sesiapa sahaja yang berkunjung ke pejabat urusan MVM.

Bagi merealisasikan target 2017 ini, pihak Muslim Volunteer Malaysia amat berbesar hati jika anda ingin memberi sadaqah jariyah atau tajaan pada sebarang nilai seikhlas yang anda inginkan, inshaaAllah.

Maklumat Tajaan :

  • Sasaran : RM 13,000
  • Tajaan Renovasi Kelas Latihan
  • Tajaan Peralatan Kemahiran – Projektor, Meja dan Kerusi 
  • Tajaan Surau MVM 
  • Tarikh tutup tajaan : 5 Februari 2017 

Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)
  • Email : infaq.mvm@gmail.com

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, anda boleh membuat tajaan/sumbangan di link berikut : www.billplz.com/InfaqMVM

Maklumat lanjut:

 Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
 *Penting : Selepas sumbangan dibuat, mohon whatsApp ke Yazid 013-588 2796

Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” post ini.

Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen tajaan ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami : Pejabat 03 8074 0434 / Yazid MVM- 013-588 2796

Semoga Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin


Sumbang Sekarang Secara Online »

Anda boleh membuat tajaan/sumbangan melalui :

Maybank : No Akaun 5648-0164-7699

CIMB Islamik : No Akaun 8602 5378 07

Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia

Email :  infaq.mvm@gmail.com