Kempen Bantuan Asnaf Pure Heart 2019

Oleh Ros Atiqah Fatin Abdullah : 21 February 2019
Sumbang Sekarang Secara Online »

Kempen Bantuan Asnaf Pure Heart 2019

Pure Heart adalah sebuah program tahunan yang dibawakan khas oleh MVM untuk memberi sedikit keselesaan dan kelegaan kepada keluarga asnaf di Malaysia agar dapat meneruskan kehidupan harian dalam bentuk barangan asas dapur dan kelengkapan asas keluarga.

Bukan sekadar barangan asas dapur sahaja, MVM juga mengambil inisiatif untuk membantu keluarga penerima bantuan ini dengan kelas kemahiran asas seperti menjahit dan memasak. Kami juga menganjurkan slot pemeriksaan kesihatan percuma, slot kerohanian dan juga keselamatan dengan kerjasama badan korporat atau agensi kerajaan.

Selain itu, anak-anak penerima bantuan ini juga turut dibantu dengan tajaan kelengkapan persekolahan dan pendidikan khasnya dibawah program Pure Heart Back to School pada bulan Februari setiap tahun.

Kriteria Penerima Bantuan :

  • Keluarga yang berpendapatan rendah iaitu RM1,500 ke bawah seisi keluarga.
  • Warganegara Malaysia

Program ini berlangsung selama 10 bulan setiap tahun iaitu bermula pada bulan Februari sehingga November.

Jenis bantuan barangan dapur & kelengkapan asas keluarga :

  • Beras
  • Gula
  • Minyak masak
  • Sos cili / tomato
  • Kicap
  • Makanan tambahan lain seperti jus kordial, rempah ratus dan lain-lain.
  • Kit kebersihan seperti sabun, shampoo, berus gigi dan lain-lain.

Maklumat Tajaan:

  • 1 Tajaan RM80 = 1 keluarga.
  • Sasaran = 300 keluarga
  • Jumlah sasaran = RM24,000 / sebulan atau RM240,000 / 10 bulan

Pilihan Tajaan:

Tajaan Sebulan:

  1. Tajaan Barangan Asas 1 keluarga = RM80 sebulan
  2. Tajaan Barangan Asas 3 keluarga = RM240 sebulan
  3. Tajaan Barangan Asas 6 keluarga = RM480 sebulan
  4. Tajaan Barangan Asas 10 keluarga = RM800 sebulan

Tajaan Setahun (10 bulan):

  1. Tajaan Barangan Asas 1 keluarga = RM800 untuk setahun
  2. Tajaan Barangan Asas 3 keluarga = RM2,400 untuk setahun
  3. Tajaan Barangan Asas 6 keluarga = RM4,800 untuk setahun
  4. Tajaan Barangan Asas 10 keluarga = RM8,000 untuk setahun

Bagi urusan tajaan korporat atau tajaan lain-lain, boleh hubungi wakil MVM 012 235 6854 atau email fund@mvm.org.my.

Hubungi Kami :

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia

  • Tel: +603-8074 0434 / 012 235 6854

Harapan kami di MVM, dengan adanya bantuan-bantuan ini, ia dapat mengukirkan senyuman bahagia dan membantu mengubah hidup sesebuah keluarga asnaf untuk lebih bersemangat menempuhi cabaran dalam kehidupan mereka.

Kami di MVM juga, berharap agar anda yang tengah membaca ini sudi untuk membantu menaja/sumbangan  kepada penerima bantuan ini. Dengan sumbangan ini, ia mampu memberi sinar harapan dan semangat untuk keluarga asnaf ini untuk meneruskan kehidupan dalam situasi ekonomi yang mencabar hari ini.


Sumbang Sekarang Secara Online »

Anda boleh memberi sumbangan di atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:

  • Maybank (56480 164 7699)
  • CIMB (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)
  • Affinbank: 106020038503

Email : account@mvm.org.my

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi/whatsApp kami :

  • Wakil MVM - 012-235 6854