Daftar Volunteer MVM »

Kempen RM10 Muslim Volunteer Malaysia


Sumbang Sekarang »

 

Bismilahirahmanirahim

Sekiranya anda merasakan usaha yang dilakukan oleh Muslim Volunteer Malaysia – MVM adalah wajar dan perlu diteruskan, maka kami memerlukan sokongan anda untuk bersama-sama memastikan agar pelbagai program yang telah dirancang dapat dinikmati impaknya kepada golongan sasar iaitu keluarga miskin asnaf dan anak-anak yatim.

Pada bulan April 2016 tahun lepas MVM telah melancarkan kempen baharu yang diberi nama “Kempen RM10” untuk membantu persatuan ini menanggung kos perbelanjaan tadbir urus dalam usaha melaksanakan program dan aktiviti setiap bulan.

Semoga “Kempen RM10” ini mencapai sasaran setiap bulan, agar memastikan pelbagai program yang telah dirancang dapat dinikmati impaknya kepada golongan yang memerlukan.

Kempen ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada para individu dan masyarakat untuk turut serta dalam membantu MVM agar terus aktif mempergiatkan program amal yang telah dirancang.

Melalui kempen ini juga, setiap sumbangan dan bantuan yang disalurkan akan digunakan oleh MVM untuk menampung kos operasi, pentadbiran, promosi dll.

SALURAN KEMPEN RM10 :

* 75% untuk menanggung kos pengurusan & sewa pejabat
* 25% untuk menanggung pemasaran & lain-lain kos

InsyaAllah,

Apabila anda turut serta menyokong kempen ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai modal kewangan agar kami dapat menjalankan lebih banyak program amal untuk meringankan bebanan yang ditanggung keluarga miskin & asnaf.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan membanyakkan bersedekah.

Anda boleh membuat tajaan melalui :

Maybank
No Akaun: 5648-0164-7699

CIMB
No Akaun: 8602 5378 07

Bank Islam
No Akaun: 1230 0010 0030 65

Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia

Email : kempen10.mvm@gmail.com

Ataupun anda boleh klik butang Sumbang Sekarang dibawah untuk pembayaran terus atas talian.

Sumbang Sekarang »

MVM di Facebook

MVM di Twitter


Tinggalkan Komen Anda

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian