Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Program Sinergi Sosial.

Oleh Amirah Harun : 12 November 2019

Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Program Sinergi Sosial.

MVM telah menghadiri Sesi Luncheon Program Sinergi Sosial dan Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Program Sinergi Sosial.

Program antara MVM dan Perkeso bersama 17 Agensi yang lain.

Program Sinergi Sosial ini adalah inisiatif Perkeso untuk menyelaraskan bantuan kepada masyarakat melalui medium yang berpusat yang dipanggil Sistem Sinergi Sosial yang dikendalikan secara bersama dengan agensi-agensi lain yang terlibat.

Program ini akan dilancarkan secara rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri Yab Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Binti Dato’ Dr. Wan Ismail pada 11 November 2019 nanti.

Semoga usaha ini memberi manfaat kepada seluruh masyarakat Malaysia.