Malam Amal Muslim Volunteer Malaysia – MVM

Oleh Ros Atiqah Fatin Abdullah : 7 December 2016
Sumbang Sekarang Secara Online »

malam-amal-mvm

MALAM AMAL MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA – MVM

Malam Amal Muslim Volunteer Malaysia – MVM adalah bertujuan untuk meraikan dan menghargai sukarelawan-sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia yang telah lama bersama-sama kami menjayakan pelbagai aktiviti dan program sejak 2014 sehingga kini. Dengan kerjasama dan komitmen para sukarelawan ini, kami telah berjaya mengadakan sebanyak 33 program sepanjang 2016 ini.

Lebih membuatkan kami tersentuh hati apabila sukarelawan-sukarelawan ini sanggup bertugas siang dan malam untuk menjayakan satu-satu program MVM tanpa sebarang bayaran. Mereka sanggup berkorban masa, wang dan tenaga untuk membantu golongan yang memerlukan melalui program-program kami.

Oleh itu, kami di Muslim Volunteer Malaysia akan mengadakan Malam Amal MVM bagi menghargai jasa baik sukarelawan MVM.

MAKLUMAT PROGRAM:

  • Nama Program: Makan Malam Amal MVM 2016
  • Tarikh: 30 Disember 2016
  • Masa: 8.00 mlm – 10.00 mlm
  • Tempat: Intekma Resort, Shah Alam

Untuk Malam Amal MVM 2016 ini, pihak Intekma Resort telah meletakkan kos makan malam sebanyak RM 65 seorang. Setelah bernegosiasi untuk beberapa kali, syukur mereka telah berbesar hati untuk menawarkan pengurangan sehingga RM 45/seorang sahaja.

Namun begitu, kami di MVM berniat untuk mengurangkan lagi kos bayaran untuk para sukarelawan kerana majoriti daripada mereka merupakan pelajar-pelajar universiti.

Oleh itu, kami ingin memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat tajaan ikhlas untuk Malam Amal MVM 2016 ini.

MAKLUMAT TAJAAN :

  • Sasaran : 200 orang
  • Tajaan : RM 35 / seorang 
  • Tarikh tutup tajaan : 20 Disember 2016 

Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)

*Email gambar slip transaksi anda ke mvm.akaun@gmail.com (reference Malam Amal)

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, anda boleh membuat tajaan/sumbangan di link berikut : https://www.billplz.com/MalamAmalMVM

Maklumat lanjut:
 
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
 
*Penting : Selepas sumbangan dibuat, mohon whatsApp ke Yazid 013-588 2796
 
Semoga Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin

Dengan adanya sumbangan ikhlas ini daripada orang ramai, ia menjadi sumber inspirasi dan semangat kepada para sukarelawan muda ini untuk terus menyumbang tenaga untuk kerja-kerja amal pada masa akan datang.

 


Sumbang Sekarang Secara Online »

Anda boleh membuat tajaan melalui :

Akaun : Maybank
No.Akaun : 5648-0164-7699

Akaun : CIMB Islamik
No. Akaun : 8602 5378 07

Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Email : anugerah.mvm@gmail.com