Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

Muhasabah : Mencari Lailatulqadar


Kemaskini pada Jun 11, 2018 : Muhasabah 100 Views

Mencari Lailatulqadar

 

Di kala rinduku masih bertandang,

Bayangmu mula beransur hilang,

Membiarkan ku termangu panjang.

Andai pertemuan denganmu belum sempurna,

Izinkan ku terus berkelana,

Sehingga sujudku diterima-Nya.

Ramadhan, sudah tiba saatmu pergi,

Membawa raga dan hati,

Semoga kau cepat kembali,

Agar kehidupan kami terus menyinari.

 

Sungguh, tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Rasa sayu sudah mula membelenggu segenap diri. Namun, adakah kita sudah cukup memanfaatkan bulan mulia ini? Seberapa banyak pahala sudah kita kumpul?

Rasa menyesal apabila kita hanya memandang sepi terhadap Ramadhan. Sedang kita tahu betapa hebatnya bulan ini. Usah bersedih, kita masih punya 10 malam terakhir Ramadhan ini untuk serah segala jiwa kepadaNya. Kita juga masih punya misi besar untuk mencari  malam Laitulqadar.

Petua dan cara Imam Ghazali mencari malam Lailatul Qadar | Dalam melakukan ibadat dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, sudah pastinya kita sentiasa ternanti-nanti malam Lailatul Qadar pada 10 malam yang terakhir. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam ganjil daripada 10 malam terakhir Ramadhan.

Adakah malam Lailatul Qadar ini jatuh pada 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan tahun ini? Hanya orang yang berusaha mengimarahkannya sahaja yang akan merasai nikmat beribadat di malam Lailatul Qadar tersebut.

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar.

Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar. Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh ditemui berpandukan kepada tarikh permulaan puasa atau awal Ramadhan, seperti kaedah berikut:

  • Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-29.
  •  Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-21.
  • Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-27.
  • Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-25.
  • Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-23.

Maka, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Lailatul Qadar ini?

Contohnya;

Jika satu hari bulan iaitu Awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau hari Rabu, maka malam Lailatul-Qadar dijangka berlaku pada malam yang ke dua puluh sembilan. Dan begitulah seterusnya seperti jadual berikut :

Jangkaan Kemunculan Lailatul Qadar

Berkata Syeikh Abu Hasan Syazili bahawa semenjak dia mula baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Sumber:

Petua Dan Cara Imam Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar

 

 

 

 


Tinggalkan Komen Anda

MVM di Facebook

MVM di Twitter

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian