Mengenai Kami

unnamed

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (PPM-003-14-30122014) atau dikenali sebagai Muslim Volunteer Malaysia (MVM) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan pada 30 Disember 2014 dan mempunyai lebih 50,000 sukarelawan di Malaysia dengan julat umur 18 hingga 24 tahun.

Pada 2016, MVM telah tersenarai dalam 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia oleh pihak iM4U semasa Volunteer Malaysia Awards 2016 – Anugerah Perdana Menteri. Majlis yang disokong NBOS ini, julung kali diadakan bagi meraikan agensi-agensi serta pertubuhan-pertubuhan sukarelawan di Malaysia. MVM memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja. Membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama.

MVM telah mengembangkan sayap operasinya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan yang ada ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim dan belia-belia Malaysia. Berpaksikan “Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan”, program-program kelolaan MVM dijalankan dalam bentuk berfasa dan ini meliputi fasa seperti transformasi, latihan perniagaan, pemantauan ekonomi serta bantuan dana untuk jangkamasa tertentu.

Harapan MVM adalah untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang memerlukan. Pihak MVM sangat terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi samaada kerajaan, swasta, individu mahupun persatuan dan pertubuhan NGO lain.


Visi

Menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk menguruskan tanggungjawab sosial dalam dan luar negara secara profesional dalam aspek pembangunan ekonomi, pendidikan dan kesihatan tanpa mengira latar belakang masyarakat.


Misi

  • Menjadi ejen kesedaran kepada masyarakat untuk bersatu padu meringankan penderitaan golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.
  • Membantu meningkatkan ekonomi golongan berpendapatan rendah melalui program yang terancang dan bersistematik supaya mereka mampu menjana pendapatan sendiri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat.
  • Melahirkan sukarelawan berjiwa kemanusiaan, berilmu, berdedikasi, berkepimpinan dan berkeperibadian unggul yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara.
  • Menjadi penghubung antara masyarakat dengan agensi kerajaan dan NGO lain bagi melaksanakan tanggungjawab sosial secara bersama.
  • Menjadi rujukan utama NGO di Malaysia dalam aspek pengurusan dan pembangunan NGO yang bersistematik.

Objektif

  • Menyediakan program yang memberi impak positif kepada penyumbang, sukarelawan dan penerima bantuan dari aspek ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sahsiah diri.
  • Memastikan jenis dan pengagihan bantuan menepati sasaran yang ditetapkan.
  • Melahirkan penerima bantuan yang mampu menjana ekonomi sendiri yang stabil dan berbakti semula kepada masyarakat yang memerlukan.
  • Mewujudkan dan memperkasakan sukarelawan MVM yang berkualiti dan berkemahiran.
  • Mewujudkan keberkesanan jalinan kerjasama dengan NGO lain dan agensi kerajaan melalui segmentasi MVM.
  • Menaiktaraf sistem pengurusan yang lebih sistematik, efektif dan kondusif supaya menjadi panduan dan penanda aras NGO dalam Malaysia.

 

Nilai

  1. Profesional
  2. Integriti
  3. Prihatin
  4. Kerjasama
  5. Intelek