Nukilan Presiden

Setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran ke Hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan MVM terus bergerak bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dengan lancar dan sempurna. MVM sejak 2014 sehingga kini telah membantu lebih 200,000 penerima manfaat tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah banyak membantu dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada kami dalam melaksanakan segala aktiviti kebajikan masyarakat samada dalam mahupun luar negara. Tanpa sumbangan daripada semua, pastinya aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Semoga segala sumbangan ini menjadi saham yang besar buat penyumbang di akhirat kelak.

Sekalung penghargaan juga kepada para sukarelawan MVM yang sentiasa ceria, aktif dan komited dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan pada setiap aktiviti yang telah dirancang. Harapan dari kami supaya pengalaman dan ilmu yang ditimba bersama kami ini dapat membentuk personaliti diri yang lebih mantap untuk rohani dan jasmani.

Terima kasih dan tahniah juga kepada semua penerima manfaat MVM yang telah memberikan komitmen yang terbaik sepanjang aktiviti dijalankan. Kami hanya mampu membantu dan membuka jalan untuk perubahan hidup kalian, dan kalianlah yang akan terus pastikan perubahan tersebut sentiasa lebih baik dari masa ke masa.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk teruskan menyumbang tenaga, masa atau harta untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Sedikit sumbangan kalian amatlah besar bagi mereka yang memerlukan.

Siru ‘ala barakatillah

Mohd Fauzan Abdul Sukor
Presiden
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
(Muslim Volunteer Malaysia Association)

Facebook: Mohd Fauzan Abdul Sukor